Friday, November 30, 2012

TAZKIRAH - MAKNA SILATUR RAHIM


Makna silatur rahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat.

Pendapat yang lebih tepat berkaitan dengan maksud silatur rahim ialah hubungan di antara kerabat atau keluarga sahaja.

Hubungan selain daripada ahli keluarga, bukan disebut silatur rahim, ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Silah bermaksud hubungan dan ar-Rahim bermaksud pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Imam Ibnul Atsir berkata, "Silatur rahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat.
Manakala memutuskan silatur rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), sama ada berhak mewarisi atau tidak, samada mahram atau tidak".

Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silatur rahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:

1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.

2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.


Firman Allah SWT. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Moga ada manfaat





Thursday, November 29, 2012

BALIK KAMPUNG YANG STRESS PART 2



Sambungan dari Part 1

Aku kan balik kg sebab nak menghadirkan diri kenduri kawin kawan aku ejat kan so dalam pukul 12 kitaorg bergerak mak n adik aku caah pun ikut juga ke rumah ejat, untuk pengetahuan ejat ni bapa dia YB DUN Air Kuning mmg ramai la yg dtg sampai dah stress xde tmpat parking en.hubby bawa slow2 kedepan ada kereta yg keluar Alhamdulillah dapat juga parking. Masa cari meja nak duduk kebetulan jumpa kawan sekolah aku Kantan, dia dah sudah makan so dia panggil la aku duduk dgn dia Alhamdulillah di permudahkan lagi. Masa tgah makan dgr MC tu kata 

“Terima Kasih pada Dato’ MB kita kerana sudi menyerikan Majlis ini”

Wah rupanya VVIP dia adalah MB ala xde la heran sgt kan sure la dia dtg YB kan politik punya hal n jemputan yg dtg pun mmg org2 kenamaan yg terlibat dgn politik la, mmg meriah majlis dia tema pink+silver tp sayang satu gambar pun aku takde. Huhuhu…

Hm masa aku dah selesai makan n p basuh tangan pengantin pun sampai so aku pun cepat2 pergi kat pintu gerbang pengantin tu cz aku nk panggil dia kira nak tunjuk diri la yg aku dtg kat majlis dia cz aku mmg x bole tgu en. Hubby klu p kenduri lepas makan terus ajak balik xdenya dapat tgok sanding2 ni. Apa nak buat terima seadanya.

Masa aku tgu kat gerbang pengantin tu aku mmg selamber je panggil ejat n aku buat peace kat dia lepas tu apa lagi terus balik, rumah ejat ni dekat dah ngan umah MIL aku so en. Hubby kata dia nak balik dulu umah mak dia so aku pun anta la dia. Dari rumah MIL aky terus balik rumah mum aku kami plan nak buat crepe durian aritu. Yey mmg menjadi cumanya frust takder whipping krim, Heran betul aku org kat Kampar nk tak reti makan benda tu kot sbb tu xde jual huhuhu….

Settle buat crepe durian aku pun bersiap2 untuk balik umah MIL aku mmg camni la tiap kali balik kg bergilir2 cz dekatkan, aku ngan arissa pun balik la umah MIL.

Sampai umah MIL en. Hubby plak takder dia kuar lepak2 cari kawan2 dia, aku dok kat umh je la Arissa plak ikut atuk dia meronda kg nasib la biras aku ada so sembang2 ngan dia je la sambil tgok tv. 

Malam tu aku dok tgok tv en.hubby kat dapur ngan MIL
Arissa plak main dgn Marshanda, marshanda ambik
Jelly Arissa bawa masuk bilik Arissa pun meluru juga lari ke bilik untuk ambik jelly dia tu tak sangka plak si Marshanda
Duduk tgah2 pintu so Arissa pun terlanggar dia n dia telah tertonggeng ke dalam n telah meninggalkan benjol nan biru... adoiiiii.... apa la si Arissa ni...
Pada masa tu aku risau biras aku akan menyalahkan Arissa, ye la hati org kita bkn tau, Alhamdulillah dia terima dgn anggap budak2 tak tau apa. Lega rasanya tp stil rasa mcm bersalah la... Mmg stress balik kg kali ni tak tau la knapa harap2 lepas ni ok la. Kadang2 mmg kesabaran aku tercabar melayan kerenah Arissa mujur aku selalu berkata dlm hati aku dia hanya budak kecik yg sdg belajar dia bkn tau apa yg dia buat tp tu la kdg2 mmg rasa hangin satu badan tp masih di bawah sedar xde la sampai nak buat perkara yg bukan2... Tamat sudah kisah stress....


p/s: minggu ni mmg minggu yg stress la pada aku.... mungkin ujian kecil dari Allah. Aku terima.

BALIK KAMPUNG YANG STRESS PART 1



Jumaat lepas kami sekeluarga balik kampong, perancangan last minit. Sepatutnya minggu ni kutaorang tak balik adik aku yg no 2 Eja yang akan hantar Caah cz aku minta tlg Caah untuk jaga anak aku cz pengasuh anak aku minta cuti sebulan. Petang khamis mak aku call bgtau kawan aku ejat anta kad kawin dia.

Ejat ni kawan sekelas aku masa sekolah menengah dan dia juga ahli study group aku masa form 5 dia terer add math tu yg aku ajak join study group aku dulu hehehe…. Bila mak aku kata dia yg anta sendiri kad jemputan dia kau rasa cam tak syok plak kalu tak p kan so aku telah membuat keputusan utk blik kg, so aku Tanya en.hubby mula2 dia macam pertikaikan la last2 dia ok plak kebetulan aria had ada kenduri kat kg dia juga jiran MIL aku la kiranya so kitaorg pun setuju la untuk balik kg n secara langsung terus ambil adik aku caah.

Jumaat petang kitaorang bersiap2 la untuk balik kami suami isteri halfday petang tu, dalam pukul 4 bertolak dari rumah, oleh kerana aku kelam kabut packing2 barang jd aku tak sempat la makan tp aku tak bgtau pun kat en.hubby yg aku tak makan lagi mmg lapar terketar2 la rasanya tp aku tahan juga nak2 bila tgok mood en hubby tak berapa baik ptg tu. Sampai kat RnR Semanggol en. Hubby berhenti untuk top up kad TnGo, mula-mula mmg aku nak keluar untuk beli makanan tp en. Hubby suruh tgu je dia nak bawa Arissa masuk so aku kirim je la air kotak n roti, dlm 15minit mcm tu en. Hubby balik semula ke kereta dia masukkan Arissa secara kasar aku terkejut la Arissa pun menangis masa tu aku syak mungkin dia buas kat dlm kedai tu  hingga en. Hubby marah rupanya dia telah melakukan sesuatu yg telah menjatuhkan air muka ayah dia. Adoi hai la anak…. En. Hubby masuk dalam kereta terus kata 

“malu betul abg td tak tau mana nak letak muka, bole si Arissa ttp switch pc cashier tu, org tgh beratur nak top up TnG semua org tgok abg tau. Malu betul”

Aku hanya mendiamkan diri sbb aku tau klu en. Hubby tgh marah aku cakap apa pun tak guna baik aku diam jer n terus pujuk Arissa yg tgh menangis, sebenarnya dlm hati aku juga menangis sbb tak tahan tgok cara en. Hubby tolak Arissa masuk kereta mmg kasar caranya.

Sepanjang perjalanan telinga aku terpaksa menahan bebelan amarah en hubby apa nak buat sabar je la. Sampai di simpang Pulai en. Hubby minta aku drive pula cz dia keletihann aku pun sambung drive sampai la ke rumah my mumm….

Stress tak habis sampai cni ada lagi tau nanti sambung part 2.

EMOSI

Entah macam mana aku bole emosi kat ofis td... 
x boleh nak tahan bila terbaca blog
 seorang ibu yg ditinggalkan suami yg tak bertanggungjawab 
dan diduga pula dgn anak menghidap luekimia 
dan akhirnya meninggalkan dia. 
walaupun cerita dia dah berlalu tahun lepas rasanya
 tp bila aku baca apa yg dia rasa mmg meninggalkan kesan yang mendalam pada aku.
 aku membayangkan kalau aku ditempat dia. 
Kuat ke aku? Tabah ke aku?
 tak dapat aku nak bayangkan bagaimana.
 Apapun aku bersyukur dgn kehidupan aku sekarang 
di jodohkan dgn suami yang sgt bertanggungjawab, 
puteri yg comel dan family yg aman 
walaupun ada kekuranganya namun 
sebagai seorang manusia tiada yg sempurna 
aku sendiri tidak sempurna namun aku sentiasa berusaha
 untuk buat yg terbaik untuk suami dan anak aku dan 
x lupa jua pada mak yg terlalu banyak berkorban buat kami adik beradik.
 Ayah? nasib tak menyebelahi mak 
kerana di jodohkan dgn suami yg tidak bertanggungjawab
 walaupun digantung tak bertali 
namun mak sentiasa lakukan yg terbaik buat kami adik beradik 
agar kami tak rasa kekurangan itu....
 Terima kasih mak.....


Wednesday, November 28, 2012

25 TIPS HIDUP BAHAGIA & DAMAI


1. Jangan membanding”kan diri kita dgn orang lain.
2. Jangan berpikiran negatif thdp org lain.
3. Jangan mengejek atau merendahkan org.
4. Jangan melakukan sesuatu dgn emosi.
5. Jangan suka  bergosip hal yg tdk penting.
6. Jangan menyimpan dendam.
7. Jangan suka mengeluh.
8. Yang lalu, biarlah berlalu jgn diungkit”
9. Jangan membenci.
10. Hiduplah dgn damai.
11. Sadari bahwa kebahagiaan berawal dr diri sendiri.
12. Sadari bahwa hidup adlh proses pembelajaran.
13. Perbanyak senyum & tertawa.
14. Jangan suka ngotot.
15. Selalulah berkomunikasi kepada orang yang disayang.
16. Yakinlah setiap hari adlh hari yg baik.
17. Maafkan semua org.
18. Luangkan waktu utk orang tua dan hormati.
19. Usahakan membuat org lain tersenyum.
20. Jangan mencampuri urusan org lain.
21. Beri perhatian thdp keluarga.  ??
22. Hargailah org yg mengasihimu & menyayangimu.
23. Jika lihat org susah, harus saling tolong menolong.
24. Jaga ucapan, perilaku, pikiran sblm bertindak.
25. Yang terakhir plng penting adalah kesabaran.

Monday, November 26, 2012

BILA PENGASUH CUTI

Hmmm sekarang ni pengasuh arissa cuti sebulan 
atas masalah yg tak dapat dielakkan
masa mula2 dia bgtau aku tu 
aku dah rasa lain dah 
adoi cemana ni xkan nak tglkan Arissa kat kg kot
x sanggup rasanya sehari xde depan mata pun dok teringat
sampai kursus pun klu kna bermalam aku tolak ni kan sebulan
adoi hai mmg pening sekejap...
kebetulan petang tu aku on Fb
tgok2 aduk aku Caah tgah online aku pun try la ayat dia
x sangka plak dia kata ok,
mana tak oknya dapat upah kan mesti la ok
ahhh x kisah yg pting Arissa depan mata aku...
mmg lega la...la...la....
baru boleh bersenang hati.....

ibu sayang Arissa ketat-ketat muahhh...muah.....


Friday, November 23, 2012

TAZKIRAH: IKHLAS

kredit image: Google

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”
[Surah Al-Bayyinah :5]
Salah satu dari ‘Hiasan Hati’ (sifat-sifat yang terpuji) adalah  IKHLAS“ 
“IKHLAS” ertinya melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dengan tujuan semata-mata hendak mendampingkan diri kepada yang empunya alam ini (Allah). Sebesar-besar  kerugian bagi mereka yang tidak mengikhlaskan pekerjaannya penat dan sia-sia sahajalah segala amalpekerjaan yang dilakukannya, sekiranya didapati juga tujuannya untuk mendapatkan sesuatu di dalam dunia ini.
Dan keikhlasan itu juga dapat dirasakan dari seketul daging didalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati).
 ”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.

Tentang ikhlas itu sendiri. Menumpukan niat bagi setiap ibadat atau kerja yang dilakukan semata-mata kepada Allah atau kerana Allah dan membersihkan hati dari dosa riak , ujub atau inginkan kepujian manusia. Dan ini adalah bagi orang-orang yang beriman.
Ketahuilah segala yang ada didalam dunia ini akan hancur, didalam Surah An-Nahl ayat 96 Allah Swt berfirman,
“Apa yang ada disisi mu akan binasa dan apa yang ada disisi Allah akan kekal”.
Seperti keterangan yang pernah saya terima dari seorang sahabat yang menjelaskan “Memang menjadi hukum alam sesuatu yang TIDAK hak/ikhlas akan hancur bila tiba waktunya.”
Dengan sebab itu Allah memerintahkan bagi hamba-hamba yang disayangiNya supaya mengikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja amal ibadat dialam dunia ini. Hamba yang bijak lagi bertuah sahaja yang dapat melakukan keikhlasan dengan bersungguh-sungguh.


Tuesday, November 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT


ZIKIR - SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH


Rasulullah saw. bersabda,
"Sesiapa yang mengucapkan
 سبحان الله و بحمده (SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH)
(Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya)
dalam satu hari seratus kali,
nescaya dihapuskan dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di laut.”
[HR. Bukhari dan Muslim]


Monday, November 19, 2012

PALING PANTANG KALAU........


Arrrrrghhhhhhhhhh......
aku mmg hot betul la....
mmg pantang betul aku org yg suka menyusahkan aku....
td ada sorg mamat runner syarikat mana tah 
dtg nak stamping, fine la aku buat cz mmg da jd kja
aku klu cauntermate (ada ke perkatan ni tah) aku xde aku kna
cover kja dia... 
ok berbalik pasal mamat td, aku pun ketuk ar dia punya dokumen 
pastu dia bg doket kat aku n dia kata

"kak fotostat 1 kat saya yer!....."

wah mengarah aku tu ingat aku kuli dia 
padahal sblm ni aku da bgtau kat dia
kat ofis aku ni xder perkhidmatan fotostat
lain kali fotostat siap2....
tp td dia bole dtg dgn membagi arahan kat aku....
woi ingat aku kuli ko ker...
sekali 2 aku bole ar tlg tp klu da selalu itu da melampau
mmg bengang betul la aku...
company dia kaya raya aku x dapat apa
dalam senarai tugas aku takder kja fotostat2 nih...
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrghhhhhh 
mmg bengang betul ngn manusia yg suka menyusahkan org lain

AKU PALING PANTANG ORG SUKA SUSAHKAN AKU
DAN AKU JUGA TAK SUKA MENYUSAHKAN ORG

Sekian cerita bengang aku arii..... 

Friday, November 16, 2012

LOST WORLD OF TAMBUN

Sebenarnya kitaorg p LWOT ni tak dirancang ahad lepas... minggu lepas aku balik kg malam aku sampai tu adik aku ajak pergi esoknya, aku kata kat dia xnak mesti ramai org kita pegi ari Isnin la ari bekerja kan isnin tu... dia pun ok  jer la.... Hari sabtu aku balik umah MIL aku tido kat sana, pagi ahad tu tiba2 en. hubby kata jom la kita p LWOT arini... aku mula cam tak setuju jer pastu terus msj adik aku, dia kata dia, mak n caah on ja so kitaorg pun terus bersiap2 la... dalam pukul 10 kitaorg gerak dr rumah dalam kul 11 sampai kat sana.. mmg ramai betul org tp masa beli tiket xde la berebut tiketnya dewasa RM45.00 kanak-kanak RM38.00. sepanjang kat sana hujan la plak tp tak lebat la renyai2.... dalam pukul 5 baru kitaorg keluar dari ctu byr mahal kan kna lama2 hehehe.....








New look

Puas menggodek2 nak nukor background akhirnnya berjaya juga
semoga bersemangat lagi untuk berblog lepas ni....
entry terbaru nanti i proses yer hehehe...

banyak entry nak buat sebenarnya tp tertangguh-tangguh... 
harap2 lepas ni akan gigih berblog.....

Salam Sayang buat semua.......

Wednesday, November 7, 2012

SATU CERITA

"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di kampungnya...

"Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut...

"Ya...." jawab Jannah.

"Boleh bagi ustazah 15 minit... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang.

"Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata....

Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai...

Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya....

"Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah nak pergi ambil air laut...." kata Jannah.

"Balang ini penuh tak?" tanya ustazah pada Jannah...

"Penuh dengan batu..." jawab Jannah....

Mereka meneruskan perjalanan... apabila terjumpa batu kerikil, ustazah memungutnya dan memasukkan ia dalam balang yang dipenuhi batu besar tadi....

Batu kerikil pun memenuhi ruang kosong antara batu-batu besar dalam balang tersebut....

"Lagi beratlah ustazah... buat apa masuk banyak lagi batu... dah tak muat dah..." kata Jannah...

"Penuh tak balang ini," tanya ustazah sambil bersenyum....

"Dah terlalu penuh..." jawab Jannah....

Kemudian, ustazah mengambil pasir halus dan memasukkannya ke dalam balang... ruang kosong balang kini dipenuhi pasir....

"Penuh tak balang ini?"

"Penuhlah... dah tak boleh masuk perkara lain... apa ustazah buat ini... beratlah balang itu..." kata Jannah....

Kemudian, ustazah menggunakan tangannya untuk menyedok air laut ke dalam balang yang penuh itu sehingga penuh....

"Penuh tak balang ini?"

"Ini dah melimpah dah ustazah... mestilah penuh..." kata Jannah...

Ustazah menyuruh Jannah memegang balang yang berat tersebut sekejap... dan bercerita...

"Jannah, bayangkan balang ini adalah hidup Jannah. Batu-batu besar tadi melambangkan perkara penting dalam hidup Jannah seperti, keluarga, anak, kesihatan, suami... benda-benda yang paling penting dalam hidup Jannah.

Tanpa batu kerikil, pasir mahupun air laut, hidup Jannah masih penuh seperti yg dijawab Jannah semasa ustazah masukkan batu-batu tadi ke dalam balang...

Jika Jannah mengambil berat mengenai batu-batu ini, masih ada ruang untuk perkara lain yang lebih penting seperti kereta, rumah dan pekerjaan seperti batu kerikil yang memasuki balang....

Yang lain dalam kehidupan seperti pasir dan air... adalah tidak penting... tapi masih boleh menjadi sebahagian hidup kita asalkan batu-batu besar diberi perhatian khusus....

Kalaulah balang ini, Jannah masukkan pasir dan air dulu... boleh ke Jannah masuk batu-batu besar ke dalam balang?"

............

Jannah tersengam. Tetiba balang yang berat itu terasa ringan dan dibawanya balik ke rumah... kehidupan Jannah berubah hari itu.

Jika kita menghabiskan masa untuk perkara-perkara tidak penting seperti pasir dan air... kita tiada masa untuk perkara-perkara yang penting untuk kita... Fokuskan perhatian kita kepada perkara-perkara yang kritikal kepada kegembiraan kita... yang lain akan ada ruangnya dalam kehidupan kita.

Jaga batu-batu besar dulu, itu yang penting... yang lain hanyalah pasir.

Senyum.

Thursday, November 1, 2012

REVIEW NOVEL: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Sinopsis belakang buku:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Amacam best x? mmg da lama cari novel ni cz aku mmg tau novel hasil tangan Siti Rosmizah mmg "A" la pada aku rasanya  aku ada 3, 4 dah novel hasil tangan dari dia. Novel ni aku beli kat POPULAR AEON, Perda baru2 ni.... semalam baru mulakan pembacaannya tahan tdo lambat sebab perasaan ingin tahu membuak2 dalam hati masa membacanya... mula2 dah part sedih dah kebetulan tgl sorg2 menangis sakan la hehehehe... nak buat cemana jiwa aku ni sgt sentitip.... masih belum habis bacanya kalau ikut hati mau tak tido tp mengenang esoknya nak p kerja jd kena stop dulu.... walaupun belum habis baca rasa macam novel ni mmg best la kna dgn jiwa aku nih... huhuhu....