Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

TIPS MEMASAK TUNTAS DAN PANTAS

 


 Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan barakah 
dan setiap amalan yang berlipat kali ganda. 
Tetapi selalunya kita sebagai wanita dan ibu
 banyak menghabiskan masa didapur menyediakan 
hidangan untuk juadah bersahur dan berbuka. 
Memanglah memberi makan kepada orang yang berpuasa pun
 mendapat ganjaran pahala juga, cuma khuatir kita tidak 
sempat pula mengejar amalan-amalan 
lain kerana fikirkan memasak sahaja.

 Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama:-


Rancang Hidangan
Adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ada yang suka merancang menu bulanan, ada yang merancang menu mingguan. Apapun, rancanglah menu yang mudah disediakan.  

Sediakan Senarai Barang Belian:
 Semak keperluan resepi anda dan pastikan barangan yang diperlukan mencukupi. Perhatikan juga tarikh tamat tempoh supaya masih boleh digunakan apabila diperlukan nanti.
Manfaatkan masa hujung minggu/masa lapang: Gunakan masa lapang anda untuk menyediakan stok simpanan anda supaya tidak terkejar-kejar semasa hendak memasak.

Kupas bahan-bahan rempah/herba
Kupaskan bawang merah, putih, besar (anggaran untuk kegunaan seminggu) halia, lengkuas, kunyit dan lain-lain lagi. Potongkan bahan yang hendak anda gunakan dalam masa terdekat dan selebihnya disimpan dalam cling wrap dan dimasukkan dalam peti ais supaya tahan lama. 

Sediakan Perencah/cili kisar: 
 Masakan Malaysia kebanyakannya menggunakan cili kisar dan perencah seperti bawang kisar. Potong cili dalam 2cm dan buang biji, kemudian dibasuh. Selepas itu direbus cili tersebut dan kemudian dikisar. Simpanan dalam bekas simpanan kecil-kecil supaya tidak mudah rosak. Boleh juga dicampurkan dengan bawang ataupun diasingkan. 

Cili tumis: 
Untuk menjimatkan lebih masa, anda juga boleh menyediakan cili tumis dengan cara menumis cili anda dengan minyak, garam, sedikit cuka sehingga airnya kering kemudian disimpan dalam bekas kecil-kecil atau dalam botol. Boleh digunakan apabila perlu tanpa perlu menunggu cili masak kerana sudahpun dimasak terlebih dahulu.

Simpan sayur-sayuran: 
Sayur-sayuran tidak perlu dibasuh supaya tahan lama. Sebaiknya disimpan dalam kertas suratkhabar ataupun foil. Potong siap-siap jika anda mahu lebih cepat. Pastikan juga wap panas dikeluarkan dahulu sebelum disimpan dalam peti ais supaya tidak mudah kekuningan. 

Penyimpanan ikan: 
 Ikan perlu dibasuh dan dibersihkan daripada darahnya. Kemudian disiang dan disimpan asing mengikut keperluan supaya tidak perlu dinyahbeku kesemuanya apabila mahu digunakan. Untuk menyegarkan ikan yang sudah dibekukan bolehlah direndam menggunakan susu segar.

Penyimpanan makanan laut: 
Basuh makanan laut anda dan bersihkan seperti biasa. Kemudian disimpan mengikut keperluan.
Penyimpanan ayam: Ayam dibasuh dan diasingkan organ dalaman sekiranya ada. Kemudian dipotong dan disimpan mengikut keperluan.

Penyimpanan daging
Daging boleh disimpan dalam aluminium foil tanpa dibasuh mengikut keperluan masakan.
Stok telur: Jika ada telur yang sudah dipecahkan, bolehlah disimpan dengan menambah sedikit garam/gula dan disimpan dalam bekas bertutup. 

Sambal Belacan: 
Tumbuk bahan dan simpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, barulah campur dengan perahan asam limau/ limau kasturi.
Jika anda mempunyai lebih masa dihujung minggu, anda bolehlah marinate ikan/ayam anda dan menyimpannya asing-asing. Selain itu, anda juga boleh memasak terlebih awal lauk pauk anda dan kemudian frozen lauk tersebut.

Jangan lupa untuk  menitikberatkan kira tatacara penyimpanan yang baik. Simpan dalam bekas kecil-kecil dan bertutup serta labelkan tarikh.


Selain itu, pastikan juga peti ais anda sentiasa bersih dan dapur anda rapi supaya anda lebih bersemangat untuk bekerja didapur dan dapat menjimatkan masa anda.

Selamat menyediakan juadah berbuka dan bersahur! 
Copy Paste: http://ummikusayang-learning-centre.blogspot.com/

NOTA KAKI:  Bole try nanti....................

Wednesday, November 28, 2012

25 TIPS HIDUP BAHAGIA & DAMAI


1. Jangan membanding”kan diri kita dgn orang lain.
2. Jangan berpikiran negatif thdp org lain.
3. Jangan mengejek atau merendahkan org.
4. Jangan melakukan sesuatu dgn emosi.
5. Jangan suka  bergosip hal yg tdk penting.
6. Jangan menyimpan dendam.
7. Jangan suka mengeluh.
8. Yang lalu, biarlah berlalu jgn diungkit”
9. Jangan membenci.
10. Hiduplah dgn damai.
11. Sadari bahwa kebahagiaan berawal dr diri sendiri.
12. Sadari bahwa hidup adlh proses pembelajaran.
13. Perbanyak senyum & tertawa.
14. Jangan suka ngotot.
15. Selalulah berkomunikasi kepada orang yang disayang.
16. Yakinlah setiap hari adlh hari yg baik.
17. Maafkan semua org.
18. Luangkan waktu utk orang tua dan hormati.
19. Usahakan membuat org lain tersenyum.
20. Jangan mencampuri urusan org lain.
21. Beri perhatian thdp keluarga.  ??
22. Hargailah org yg mengasihimu & menyayangimu.
23. Jika lihat org susah, harus saling tolong menolong.
24. Jaga ucapan, perilaku, pikiran sblm bertindak.
25. Yang terakhir plng penting adalah kesabaran.

Thursday, March 15, 2012

TIPS YAKIN BOLEH

Hilangkan semua kata-kata 'tidak boleh' dan 'tidak mampu' dalam kamus diri anda. Yakinlah bahawa anda boleh melakukan semuanya dengan baik dan positif.

Tahun baru telah bermula dan tahun sebelumnya telah jauh kita tinggalkan. Hari ini kita kembali kepada rutin kehidupan, pekerjaan dan aktiviti kita sehari-hari dengan lebih produktif dan bersemangat. Tetapkan komitmen bahawa tahun ini kita akan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mari kita memulakan!

1. Anda pasti boleh. Jangan pernah menganggap diri kita tidak mampu melakukan suatu pekerjaan, kerana anda pasti boleh. Bagi kebanyakan orang, tekanan justeru boleh menjadi pendorong untuk boleh lebih maju dan berkembang. Yang harus dilakukan adalah mengawal pengurusan masa anda, menetapkan tahap stres, dan menghilangkan hambatan dalam pekerjaan dengan cara anda. Anda mampu melakukan pelbagai perkara dengan baik, kerana itu jangan terus menyerah sebelum mencuba. Percaya diri dengan kemampuan anda, dan belajar untuk menyelesaikan semua tugas tersebut dengan baik.

2. Tentukan target. Untuk mencapai hasil kerja yang maksimum, tentukan target yang ingin anda capai dalam bekerja. Namun, tentukan target yang terukur, dan sesuai kemampuan, agar anda mampu merealisasikannya. Hal ini termasuk target waktu, berapa lama anda boleh mencapai matlamat anda. Adanya target dalam pekerjaan membuat anda akan sedikit mempunyai tekanan, dan membuat anda lebih serius dan lebih produktif dalam melakukan pekerjaan.

3. Memotivasi diri. Seringkali berada didalam zon selesa dalam pekerjaan membuat anda terbuai dan tidak produktif bekerja. Motivasi dan cabaran dalam bekerja merupakan punca penting untuk meningkatkan produktiviti, sehingga anda boleh fokus untuk mencapai matlamat peribadi mahupun profesional. Banyak hal kecil di sekitar anda yang sebenarnya boleh menginspirasi dan memotivasi anda untuk bekerja lebih baik lagi. Moralnya jika kita didatangi cabaran dan dugaan anggaplah itu sebagai satu dorongan, ianya hanya sebagai chobaan :)

4. Jangan mencari alasan. Setiap orang mempunyai alasan mengapa mereka tidak boleh mencapai matlamat, atau memenuhi target mereka masing-masing. Sebagai contoh, anda tidak boleh menumpukan perhatian menyelesaikan tugas kerana banyak tukang yang sedang mengubahsuai bilik mesyuarat di pejabat. Ini bukan alasan yang tepat untuk mengendurkan pekerjaan. Anda perlu berhenti mencari alasan untuk setiap kegagalan yang anda buat sendiri. Carilah penyelesaian yang boleh anda lakukan agar pekerjaan boleh berjalan dengan baik, kerana anda lah yang memegang kawalan ke atas diri anda dan kerja anda.

5. Hilangkan kata "tidak boleh" dari kamus anda. Kata-kata "tidak mampu" atau "tidak boleh" mempunyai makna bahawa anda secara fizikal tidak boleh melakukan apa-apa. Namun hal ini mungkin juga menjadi kod bahawa "saya tidak mahu melakukannya" atau "ini pekerjaan yang terlalu melelahkan". Sebenarnya anda harus menghilangkan kata-kata tersebut dalam fikiran jika anda ingin mencapai tujuan dan target anda. Kata-kata mempunyai pengaruh yang besar bagi psikologi kita. Apabila kita berkata mampu melakukan sesuatu, selalu ada penyelesaian untuk membantu anda mengerjakan tugas-tugas.

6. Berusaha yang terbaik. Untuk medapatkan yang terbaik dan produktif dalam bekerja, anda harus benar-benar komited untuk bekerja lebih keras, dan mencari tahu apa yang boleh memotivasi anda. Berkomitmenlah untuk bersikap proaktif, berani ambil risiko, dan menghilangkan alasan-alasan. Jika anda tidak komited untuk membuat perubahan, maka segala sesuatunya akan selalu tetap sama.

7. Lakukan sekarang. Jangan terus-menerus membuang waktu, untuk memulakan pelbagai hal baik dalam bekerja. Lakukan sekarang juga agar anda semakin mudah untuk mendapatkan tujuan, dan semakin produktif bekerja untuk meningkatkan karier.

- Sumber asal kreadit : Smartnewz.info