kredit image: Google
“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”
[Surah Al-Bayyinah :5]
Salah satu dari ‘Hiasan Hati’ (sifat-sifat yang terpuji) adalah “IKHLAS“
“IKHLAS” ertinya melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dengan tujuan semata-mata hendak mendampingkan diri kepada yang empunya alam ini (Allah). Sebesar-besar kerugian bagi mereka yang tidak mengikhlaskan pekerjaannya penat dan sia-sia sahajalah segala amalpekerjaan yang dilakukannya, sekiranya didapati juga tujuannya untuk mendapatkan sesuatu di dalam dunia ini.
Dan keikhlasan itu juga dapat dirasakan dari seketul daging didalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati).
”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.
Tentang ikhlas itu sendiri. Menumpukan niat bagi setiap ibadat atau kerja yang dilakukan semata-mata kepada Allah atau kerana Allah dan membersihkan hati dari dosa riak , ujub atau inginkan kepujian manusia. Dan ini adalah bagi orang-orang yang beriman.
Ketahuilah segala yang ada didalam dunia ini akan hancur, didalam Surah An-Nahl ayat 96 Allah Swt berfirman,
“Apa yang ada disisi mu akan binasa dan apa yang ada disisi Allah akan kekal”.
Seperti keterangan yang pernah saya terima dari seorang sahabat yang menjelaskan “Memang menjadi hukum alam sesuatu yang TIDAK hak/ikhlas akan hancur bila tiba waktunya.”
Dengan sebab itu Allah memerintahkan bagi hamba-hamba yang disayangiNya supaya mengikhlaskan hati dalam melakukan apa sahaja amal ibadat dialam dunia ini. Hamba yang bijak lagi bertuah sahaja yang dapat melakukan keikhlasan dengan bersungguh-sungguh.
sumber dari:http://amirulasril.com
No comments:
Post a Comment