Friday, May 31, 2013

TAZKIRAH: KELEBIHAN BISMILLAH




1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.

Thursday, May 30, 2013

NOVEL: CURI-CURI CINTA



Yay Siti Rosmizah ada novel baru, 
i baru ja dapatkan semalam baca pun x start lagi harap best mcm novel sebelum2 ni....



Sipnopsis:

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

NOTA KAKI: Semua Novel SR ni rasanya dah menjadi koleksi... suka..suka... :) 

Monday, May 27, 2013

TAZKIRAH: PUASA BULAN REJAB


Hadis  Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud :

"Rejab adalah bulan Allah S.W.T , Syaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku".


Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Ilam mengerjakan berbagai bagai amal ibadah, yang diberi sebebsar besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Menurut  maksud sebuah hadis Rasullullah S.A.W, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab maka Allah S.W.T menyeru kepadanya:-

 "Telah wajib hakmu ke atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi Ketinggian dan KebesaranKu, tidak akan ku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada Hijab di antara Aku dan engkau".
Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W) adalah berikut :-

- Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

- Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga

- Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah di dalam syurga


- Berpuasa sunat Rejab 15 hari,  diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

- Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)


- Berpuasa sunat Rejab 13 hari,  diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

- Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-Mustaqim pada hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan mendapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke neraka

- Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada Hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 7 hari,  akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Kiamat

- Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya


- Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur

- Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Kiamat


- Berpuasa sunat Rejab 3 hari,  akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat

- Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadahnya

- Berpuasa sunat Rejab sehari itu diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadah seumur hidupnya.

Jika berpuasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.

Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi'raj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadah sedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun


Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat.




PS: Alhamdulillah sedang cuba melaksanakan moga dipermudahkan. Amin.









Friday, May 24, 2013

TAZKIRAH- HATI YANG SEDAR, HATI YANG LALAI



Allah tidak memandang kepada kekayaan, kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas. Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci,takabbur, riak dan ujub.

Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran, berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul, merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehiupan umat Islam hari ini.

Ketahuilah sahabat yang dikasihi semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka yang faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori. Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak mengulanginya.

Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai. Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja. Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan. Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.

Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kepada Allah swt . Hati yang sedar adalah hati yang gementar terhadap kekuatan Allah, hati yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta rukun iman yang lain juga rela mengorbankan segala jiwa dan raga untuk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjadi pemancar untuk setiap amalannya. Apa jua yang dilakukannya hanyalah untuk mendapat keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yang tidak terpaut dengan dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.

Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...

YA ALLAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU . KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU. AMIIN.

Thursday, May 23, 2013

TIPS - 18 PETUA MENGASIHI TEMAN HIDUP ANDA

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
 
2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan  gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.
 
3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
 
4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)
 
5.  Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.
 
6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)
 
7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan  anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.
 
8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.
 
9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cintai”.
 
10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.
 
11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangannya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.
 
12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
 
13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.
Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu  batinnya dan kedua nafsu makannya.
 
15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
 
16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.
 
17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
 
18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda  untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Monday, May 20, 2013

EVENT - BIRTHDAY PARTY AQ 3



TARIKH: 18 MEI 2013
MASA: 3.00 PTG - 5.00 PTG
TEMPAT: RUMAH KAMI DI NIBONG TEBAL
TEMA: PINK PUTIH SI HELLO KITTY


 Goodies bag untuk tetamu kecil

 ~wish board~

~ candy buffet + meja kek~

 ~Hello Kitty Cake~

 ~meja hidangan~

 ~menu: Bihun sup ayam, pulut+rendang, kuih karipap, puding kacang hijau,
kuih lapis, satay naget, buah tembikai susu, coctail buah, air Oren~

 ~Candy Buffet: Satay naget, satay buah, apam, kek lapis kukus,
lolipop, gula-gula, kacang hijau, kerepek pisang, puding jely, kek~


 ~ibu AQ yang over~

 ~ibu n AQ~

 ~AQ xnak bergambar cz nak main~

 ~we~

 ~ibu, opah, AQ, paklang, makngah~

 ~ibu, opah, AQ, paklang, maksu~

 ~birthday girl ready nak potong kek~

 ~muka excited~

 ~potong kek~

 ~antara tetamu yang hadir~
 
 ~Melissa Marshanda (anak adik hubby) dengan opah AQ~

 ~kak azah (ex pengasuh AQ) dengan opah AQ~

 ~ofismate ibu (ct, Afrah, shikin)~

~maksu n ibu~

 ~ kami~

 ~empat beradik~

~hadiah dari paklang~








Thursday, May 16, 2013

WISH: SELAMAT HARI GURU





Istimewa buat cikgu TBK Temoh Stesen, Cikgu-cikgu SK Temoh, Cikgu-cikgu SMK Air Kuning, Pensyarah-pensyarah PSP dan tak lupa juga cikgu-cikgu Taska Permata Anakku Kerian yang mengajar anak ku Arissa Qaisara.

Tuesday, May 14, 2013

EVENT: BIRTHDAY ARISSA DI TASKA




Alhamdulillah tertunai hasrat Arissa
nak potong kek kat Taska
malas nak story panjang-panjang 
biar la gambar menceritakannya hehehe...

 kek AQ ada 2 ayah yang beli

 sementara tunggu adik-adik 2 tahun menyusu cikgu buat aktiviti menyanyi 

 kawan-kawan tengah menyanyi

 AQ apa pun tanak buat cam boring jer maybe malu sebab ibu n ayah ada tengok





 kawan-kawan dah ready nak makan kek

 cikgu Zili pasang api pada lilin

 potong kek

 picca yang paling ibu suka

 kawan baik AQ

 kawan-kawan makan kek


tengok AQ pun excited sama makan kek


Monday, May 13, 2013

WISH: HAPPY BIRTHDAY ARISSA QAISARA




Today its a day...
Happy birthday anak ibu yang ke 3 tahun
moga jadi anak yang solehah dan terbaik seindah nama mu buat ayah n ibu
Ayah n ibu sayang sangat Arissa Qaisara







Nota kaki: petang ni nak celebrate birthday AQ kat Taska. Sabtu plak celebrate kat umah with family n jiran2... Harap semua berjalan lancar.

Sunday, May 12, 2013

WISH: SELAMAT HARI IBU





BUAT DIRI SENDIRI, EMAK (ZUBAIDAH MAT NALI), MY MIL (SURAYAH)
DAN IBU-IBU DISELURUH DUNIA.

Friday, May 10, 2013

TAZKIRAH: HIKMAH DISEBALIK UJIAN ALLAH




Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
.

Wednesday, May 8, 2013

MEMBEBEL : LETIHNYA BADAN...




Hm Balik dari ofis semalam betul2 letih 
i ceri-bery dari malam semalam tak tau punca apa 
nak p klinik malas so tanggung la huhuhu
dari ofis terus p Taska ambik dak kecik tu 
pastu singgah beli makan en.hubby da msj awal2 dia balik lambat
and sila beli makan siap2 jd kna la singgah beli dulu
semalam beli makan nasi goreng cendawan
share 2 ngan Arissa, jadi la...
dari kedai makan terus balik rumah 
rehat2 jap and then terus mandi bagai 
sesiap tu terus makan
settle bab makan kemas2 rumah sikit, kutip baju2 kotor masuk machine
siap terus dok depan tv acara mempotong potong plak
potong apa? tu gunting kad jemputan bday Arissa nanti
eh lupa2 nak habaq ang...
14 Mei Arissa genap 3 tahun 
Oleh kerana tahun 1st da buat kat umah opah (mak aku)
2nd bash buat kad umah nenek (my MIL)
kitaorang laki bini decide nak buat kat cni 18 Mei ni 
yer la atuk (my FIL) pun da ada keta da bole dtg cni kan 
buat kecik2 aje janji ati puas Arissa happy
sebenarnya dari bulan 4 da mula buat sikit2
nak sep bajet punya pasal DIY le jawabnya
tu la punca bz aku tu 
malam2 Arissa da tdo je aku pun start ler..
nanti aku share pe yang aku da buat yer....
sama cam ibu2 yang lain bila kata nak buat birthday celebration 
macam2 dok terbayang dalam pale otak ni
aku pun sama la.. perkara pertama yang terbayang adalah tema birthday
tahun ni temanya adalah HELLO KITTY
jenuh aku menggoogle cari idea nnt tgok la pe yang jadi yer... 
tunggu..........





MEMBEBEL : BERSIARAN KEMBALI



Erkkk... cam tak sedar dah bulan Mei sibuk mengalahkan calon 
yang tercalon dalam pilihan raya huhuhu....
neway mmg agak bz kebelakangan ini mcm2 hal nk diuruskan...

Cemana ngundi ritu okey ker tempat aku dua2 yg ku pangkah menang
Alhamdulillah....
aku siap cuti jumaat n senin kan apa takut jem jalan 
aku suka jalan yang tenang2 jer baru la syok nak balik kg
semangat gitu...
berbalik pada kisah mengundi
sebenarnya aku tak kisah siapa yang memerintah yang penting
pemerintah utama itu mesti melayu, islam adil dan saksama
aman negara maju la rakyat jelata tak gitu?...
Moga Malaysia sentiasa di bawah keamanan... Amin.

owh ye kami sefamily baru jer menerima ahli baru dalam family kami...
eh...eh... bukan baby baru hokey tp new car (secondhand je pun)
tp kereta itu kereta idaman kami suami isteri
 finally merasa juga untuk mempakainya hahaha...
syukur Alhamdulillah...
Welcome incik Putih (Nissan Grand Livina)
namun dalam gembira masih bersedih meninggalkan 
incik hitam (myvi) banyak jasa beliau pada aku n family
dari belum kawin sampai dapat si Arissa 
banyak sungguh jasa beliau...
akan ku kenag jasa mu wahai incik hitam 
sampai bila2 tetap diingatan kalbu ku ini

entry ni xde picca yer malas nak godek2 dalam pc ofis almaklum ler dok sorok2 sampai lupa simpan mana huhuhu...

k la sehingga bertemu lagi....

Sekian..