Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA


Istimewa buat rakan-rakan blogger

Menyambung kasih, merajut cinta,

beralas ikhlas, beratap doa.

Semasa hidup bersimbah khilaf,

berharap diri dibasuh maaf.

Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap,
Tiada kata, Kecuali “saling maaf” jalin ukhuwah & kasih sayang raih
indahnya kemenangan hakiki, Selamat Hari Raya AidilFitri



Thursday, August 18, 2011

Duit Tabung Pelajaran Arissa


Ibu Arissa baru-baru ni join ipanelonline saja cuba nak cari duit untuk tabung Arissa.... Percuma je join ni.... Jawab survey dapat poin cukup masa redeem dapat la duit. Jom la kawan-kawan blogger kita cuba... klik ja kat sini untuk sign up ipanelonline



Friday, August 5, 2011

9 perkara Yang Wanita Lakukan Lebih Baik Berbanding Lelaki..

Antara lain kelebihan wanita berbanding lelaki ialah :

1. Wanita sering terselamat daripada kemalangan. Agak menyedihkan tetapi inilah kebenaran. Lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak 77% berbanding wanita. Itu adalah antara kajian yang dilakukan oleh Carnegie Mellon University

2. Wanita merupakan penenang. Kajian keatas 2000 orang menunjukkan bahawa, majoriti lebih suka menceritakan masalah kepada perempuan tentang apa yang mereka hadapi.

3. Wanita lebih kekal dalam kerjaya.

4. Kecemerlangan akademik. Ramai yang sedia maklum, lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5. Lebih sihat. Bancian oleh University of Minnesota keatas 14000 orang mendapati, wanita lebih gemar memakan sesuatu yang menyihatkan berbanding lelaki.

6. Sistem imunisasi yang lebih kuat. Tidak hairanlah lelaki lebih bersifat keanak-anakan apabila mendapat demam. Semuanya kerana estrogen. Ia merupakan senjata untuk melawan infeksi bakteria dan virus.

7. Hidup lebih lama. Oleh kerana wanita menjaga pemakanan dan sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan, maka jangkahayat wanita juga lebih panjang.

8. Lebih layak menjadi pengurus. Bunyi agak sedikit kontroversi. Tetapi pakar-pakar mengesahkan, wanita merupakan pendengar yang setia, mentor dan penyelesai masalah. Malah mereka juga boleh menyelesaikan pelbagai tugas pada satu masa.

9. Bijak berbelanja dan melabur. Tidak dinafikan, sebanyak 100,000 portfolio menunjukkan wanita memperolehi keuntungan antara 11 hingga 18 peratus lebih, berbanding lelaki apabila melabur. Ini kerana mereka lebih berhati-hati dan sentiasa memikirkan baik-buruk dalam jangkamasa panjang sesuatu pelaburan yang dibuat.


Mutiara Kata

:: Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.