Sambungan dari Part 1
Aku kan balik kg sebab nak menghadirkan diri kenduri
kawin kawan aku ejat kan so dalam pukul 12 kitaorg bergerak mak n adik aku caah
pun ikut juga ke rumah ejat, untuk pengetahuan ejat ni bapa dia YB DUN Air
Kuning mmg ramai la yg dtg sampai dah stress xde tmpat parking en.hubby bawa
slow2 kedepan ada kereta yg keluar Alhamdulillah dapat juga parking. Masa cari
meja nak duduk kebetulan jumpa kawan sekolah aku Kantan, dia dah sudah makan so
dia panggil la aku duduk dgn dia Alhamdulillah di permudahkan lagi. Masa tgah
makan dgr MC tu kata
“Terima Kasih pada Dato’ MB kita kerana sudi
menyerikan Majlis ini”
Wah rupanya VVIP dia adalah MB ala xde la heran sgt
kan sure la dia dtg YB kan politik punya hal n jemputan yg dtg pun mmg org2
kenamaan yg terlibat dgn politik la, mmg meriah majlis dia tema pink+silver tp
sayang satu gambar pun aku takde. Huhuhu…
Hm masa aku dah selesai makan n p basuh tangan
pengantin pun sampai so aku pun cepat2 pergi kat pintu gerbang pengantin tu cz
aku nk panggil dia kira nak tunjuk diri la yg aku dtg kat majlis dia cz aku mmg
x bole tgu en. Hubby klu p kenduri lepas makan terus ajak balik xdenya dapat
tgok sanding2 ni. Apa nak buat terima seadanya.
Masa aku tgu kat gerbang pengantin tu aku mmg selamber
je panggil ejat n aku buat peace kat dia lepas tu apa lagi terus balik, rumah
ejat ni dekat dah ngan umah MIL aku so en. Hubby kata dia nak balik dulu umah
mak dia so aku pun anta la dia. Dari rumah MIL aky terus balik rumah mum aku
kami plan nak buat crepe durian aritu. Yey mmg menjadi cumanya frust takder
whipping krim, Heran betul aku org kat Kampar nk tak reti makan benda tu kot
sbb tu xde jual huhuhu….
Settle buat crepe durian aku pun bersiap2 untuk balik
umah MIL aku mmg camni la tiap kali balik kg bergilir2 cz dekatkan, aku ngan
arissa pun balik la umah MIL.
Sampai umah MIL en. Hubby plak takder dia kuar lepak2
cari kawan2 dia, aku dok kat umh je la Arissa plak ikut atuk dia meronda kg
nasib la biras aku ada so sembang2 ngan dia je la sambil tgok tv.
Malam tu aku dok tgok tv en.hubby kat dapur ngan MIL
Arissa plak main dgn Marshanda, marshanda ambik
Jelly Arissa bawa masuk bilik Arissa pun meluru juga
lari ke bilik untuk ambik jelly dia tu tak sangka plak si Marshanda
Duduk tgah2 pintu so Arissa pun terlanggar dia n dia
telah tertonggeng ke dalam n telah meninggalkan benjol nan biru... adoiiiii.... apa la si Arissa ni...
Pada masa tu aku risau biras aku akan menyalahkan Arissa, ye la hati org kita bkn tau, Alhamdulillah dia terima dgn anggap budak2 tak tau apa. Lega rasanya tp stil rasa mcm bersalah la... Mmg stress balik kg kali ni tak tau la knapa harap2 lepas ni ok la. Kadang2 mmg kesabaran aku tercabar melayan kerenah Arissa mujur aku selalu berkata dlm hati aku dia hanya budak kecik yg sdg belajar dia bkn tau apa yg dia buat tp tu la kdg2 mmg rasa hangin satu badan tp masih di bawah sedar xde la sampai nak buat perkara yg bukan2... Tamat sudah kisah stress....
p/s: minggu ni mmg minggu yg stress la pada aku.... mungkin ujian kecil dari Allah. Aku terima.
No comments:
Post a Comment