Sunday, June 17, 2012

DIET MENGIKUT GOLONGAN DARAH

Diet Untuk Golongan Darah O
---------------------------------------

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan 
darah jenis ini.
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah AB
-------------------------------------------

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah A
--------------------------------------

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Tuesday, June 12, 2012

Tidur lena diwaktu malam


Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah.

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!

Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.

Bersihkan diri
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.

Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.