Tuesday, February 22, 2011

Alahai anak ibu....

Adoi makin lasak la Arissa skrg tgok ni...


Jeng...jeng...jeng....

Seperti yang ibu kata ritu nak share pikcas Arissa n new sport car kan?... Arini ibu dengan rajinnya menghupdate blog for share dis pikcas.... Layan jangan tak layan....



muka bangga dapat Sport Car.... huhuhu...

Sunday, February 20, 2011

Uhuk...uhuk..uhuk....

Alah2 kesian betul anak ibu batuk tak henti2 nak tidor pun tak lena bila batuk dia nangis maybe sakit kat tekak kot. Ibu tepuk2 belakang rissa supaya rissa muntah kuarkan kahak tapi rissa tak pandai nak kuarkan kahak tu bila terkeluar pun rissa telan balik. Ibu pun da buntu tak tau nak wat cemana ubat pun da nak habis dah. Ibu ada survey2 kat blog lain ada gak 2, 3 info yg berguna yg bole di praktikkan pada rissa nnt. Salah satunya ibu dapat dari blog mamamikailmirza


Info

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka,
tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut.

Teknik tepukan / percussion

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

2. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

3. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka..

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Oh Latio ku...


Aduiiii cantik giler keta ni.. da lama dah dok tenang2 keta ni tapi tu la mahal betul tak mampu lak rasa nak beli keta ni... Kalau la dapat perhhhhh best gila... Moga2 aku n hubby di murahkan rezeki ada rezeki dapat la yang dihajati tul tak?.. skrg ni dok berangan jer la dulu.... SABAR...

Friday, February 18, 2011

10 Kunci Rezeki

1- Istighfar & Taubat

Mohon ampunlah kepada Allah sesungguhnya Dia Maha Pengampun nescaya Allah akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dengan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan sungai-sungai

2 - Taqwa

Bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar bagimu dan memberimu rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka

3 - Bertawakkal Kepada Allah

Bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang

4 - Beribadah sepenuhnya kepada Allah semata

Beribadat sepenuhnya kepada Allah,nescaya Allah penuhi dadamu dengan kekayaan

5 - Menjalankan Haji & Umrah

Kerjakanlah haji & Umrah atau sebaliknya kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api menghilangkan kotoran (karat) besi

6 - Silaturrahim

Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah ia menyambung tali silaturrahim

7 - Berinfak Kepada Allah

Barang apa saja yang kamu nafkahkan,maka Allah akan mengantinya

8 - Memberi nafkah kepada orang yang menuntut ilmu

Anas bin Malik berkata " Dulu dua orang bersaudara pada masa Rasulullah,salah seorang
mendatangi (menuntut ilmu) pada Rasullulah sedangkan yang lainnya bekerja.Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasullulah (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu)
,maka Rasulullah bersabda ,"Mudah - mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia
(HSR ,Tarmizi dan Al Hakim,)

9 - Berbuat baik kepada orang - orang lemah

Perbuatan yang baik pasti mendapat ganjaran yang baik dan pasti akan dibalas lebih baik oleh Allah

10 - Hijrah di Jalan Allah

Berhijrahlah di jalan Allah , nescaya mereka akan mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak

Thursday, February 17, 2011

suspen ja....

hahaha... ni citer ptg semalam mmg suspen betul ibu semalam.
Balik dari kerja semalam ibu terus amik rissa,
ayah sms bagitau dia tak p operasi so ibu tak leh la nak sembang lama2
ngan kak azah (pengasuh arissa). Sampai ja kat umah ibu terus terbaring keletihan,
ibu sebenarnya da hampir sebulan batuk tak baik2 punca dari demam n then batuk.
Demam ok tp batuk x baik sampai arissa pun batuk sekali.
Oleh kerana da tak tahan sangat ibu ajak ayah p klinik,
aritu kak azah ada sembang ngan ibu dia kata
Klinik Perdana kat pekan Nibong Tebal tu elok tp mahal sikit la.
Sebab da tak tahan sangat ngan batuk ni n kesian kat arissa
ibu gagahkan juga la p klinik tu dalam purse mmg da standby duit lebih la.
Sampai ja kat klinik tu pekerja kat kaunter pendaftaran
tu minta la ic ibu untuk daftar sebab ibu kan pertama kali p klinik tu.
Dengan bangganya ibu pun bagi la kad kaler biru rupa2nya kad Public Bank
cari punya cari ic ibu xda dalam purse. Suspen gila dah masa tu dalam kepala da pk
macam2 dah ye la kot2 tercicir mat indon ke bangla ke jumpa
ubah pikca atau pun cam kes adik ibu org guna ic dia daftar
wat bil celcom pastu guna tak bayar tak pepasal dia yang
kena tanggung kan ke haru. Masa kat klinik tu mmg dah rasa tak
tentu hala dah pastu pekerja kat ctu kata
" xpe la kak, kak tulis ja kat cni" ibu pun tulis la nama, no ic dan alamat.
dah selesai kami bertiga pun tunggu sehingga sampai giliran tunggu sat ja pun cz x ramai orang time tu. Nama Arissa pun dipanggil doktor pun check dia kata
kena sedut gas nih nak bagi cairkan kahak yer la budak2 tak tau keluarkan kahak dia.
Arissa pun kena sedut gas dalam 15minit juga la.
Lepas Arissa dah settle turn ibu pulak.
Doktor check ibu pastu dia tanya ibu pernah ada penyakit lelah ke sebelum ni.
Ish mana la ada dari kecik sihat walafiat batuk2 biasa la.
Doktor tu kata ibu dah sampai tahap kena lelah ni.
Biar betul.. hm tu la xnak p check awal2 lagi kan dah dapat penyakit.
Oleh itu ibu pun kena sedut gas juga kalau tak kahak tu akan dok lekat kat dalam juga.
Sama cam Arissa ibu kena sedut gas 15minit juga.
Selesai ja ibu pun keluar tunggu turn amik ubat n buat bayaran perubatan.
Pekerja klinik tu bagi penerangan berkenaan ubat2 untuk ibu n arissa. " semua sekali RM120.00" mak oi mahalnya. Hmm xpe la asalkan batuk ibu n Arissa cepat baik. Malam tadi Alhamdulillah Arissa dapat tido dengan lenanya ibu plak keluar masuk bilik air muntahkan kahak sangat penat tapi dapat kerja dengan tenang hari ini Alhamdulillah....

Tuesday, February 15, 2011

50 Keistimewaan Seorang Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab
baginda:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa! menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.

6. Barang siapa yg membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin
Wa
Astaghfirullah" Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia
bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang
aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.


10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka,maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda,
"Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya(10, 000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahir! kan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
di kira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah ! memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki
yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya
selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan
baginya ada lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana
saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan
hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya
dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari Qiamat
kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya
atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke
mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang
dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan
penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu,
maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada
keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan
berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan
api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang di buat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang di
buatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari
api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita ............ .

Sunday, February 13, 2011

Alahai...

Hehehehe... ni ker tajuk permulaan untuk 2011 tah apa2... lama betul tak update, dalam hati mmg nak update tp keadaan tak mengizinkan semenjak si tecik semakin lasak ibu tak bole nak buat apa ada je akal dia tuk tarik perhatian ibu dia ni.. sampaikan umah pun tak dan nak kemas kadang2 pinggan mangkuk pun berlonggok macam menara KLCC tak berbasuh bz betul huhuhu... ha la si tecik lagi, kja lagi n ditambah plak ngan hobi ibu yg tak sudah2 iaitu membeeding x padan2 ada sitecik tu bila dia kacau mula la ibu menjerit2 marah dia sian si tecik arissa...
Sampai tarikh ni macam2 aktiviti ibu , ayah dan arissa tapi ibu lak tak berkesempatan nak share kat cni hari ni dengan izinNya ibu berkesempatan la nak update sikit cerita sikit2.. share life untuk arini hehehe.. pagi2 tadi ibu bangun dalam kul 6.00pg camana leh terkunci 6.00 pagi patutnya 5.30pagi, terus bangun n mandi lepas ibu da bersiap ibu tengok rissa da bangun tido so angkat dia dari katil n terus siap2 rissa, tiap kali siapkan rissa ibu selalu kata kat dia " cepat rissa cepat siap nak p sekolah ni" ha la time2 camtu kan budak2 bersiap nak p sekolah. Ayah dengan baik hatinya dah sediakan sarapan dia awal2 dah siap dah lelakikan kjap ja bersiap2. Ibu dan arissa pun pe lagi terus duk kat meja bersarapan sama2 ngan ayah, lepas sarapan ada masa lagi sementara nak tunggu 7.15pg untuk anta rissa ke rumah pengasuhnya ibu berkemas2 sikit ayah bawa rissa main keta control yang baru beli semalam. Arissa baru beli kereta tau kereta sport lagi nanti ibu sharekan pikcas kereta rissa kat ofis ni xda cable wire tuk camera. hahaha camana ayah ngan ibu leh beli kereta tu tah... hm berbalik life story tadi tepat 7.15pg ayah dan ibu anta rissa, dekat jer umah pengasuh rissa kalau ikutkan ibu bole p anta sorg tapai ayah nak p sekali anta rissa untung betul di tecik ni.. arini rissa ok ja nak ja bila kak azah amik dia kadang2 rissa akan buat perangai takmo kat pengasuh dia tu, nampaknya rini ni mood dia baik.. selesai anta rissa ibu patah balik umah anta ayah balik umah ayah amik moto tuk p kja n ibu terus la p ofis... camni la life kitaorg tetiap pagi. Time balik ibu yg akan p amik rissa coz ayah selalu kna p operasi maknanya malam kami tinggal berdua la ayah akan balik lewat kalau dia kena p operasi. Untuk arini masih tak tau lagi tinggal berdua o ayah ada yang pasti sok ayah kena kja.. alahai dok rumah jer la kita cuti sok tak pe kita p ronda2 naik keta sport yerrrrr.... Ok la stop kat cni dulu SALAM MAULIDUL RASUL....