Friday, May 23, 2014

TAZKIRAH: Mahkota Pada Hari Kiamat

 


Hai!!!!....
nak share 1 email yang saya dapat semoga sama-sama dapat manfaatnya...

Assalamualaikum emy,

Apa khabar hari ini?
Ingat lagi emel saya yang lepas tentang selitkan masa?
Waduuh.. berduyun-duyun emel saya dapat menyatakan apa
yang saya tulis itu terkena pada diri mereka. Ada yang kata
emel itu pemberi ingat yang bagus. Alhamdulillah jika begitu.
Izinkan saya menyambung sebagai pemberi ingat sekali lagi..
Anak merupakan Anugerah Allah
Mereka juga adalah Amanah Allah.
Sudah jelas juga didalam al Quran... mereka merupakan Ujian Allah
Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita 
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah, Amanah dan Ujian ini.
Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia 
sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah, kerana dilahirkan dalam Islam. Namun biarlah Islam
sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah
petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman Itu
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ                      
 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

 “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota
padahari kiamat
 yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apakah, kesibukan kita di dunia yang sementara ini
menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat nanti? 
Sama-samalah kita renungkan
Ikhlas dari,
Lina Karim


Nota Kaki: akan berusaha mencari masa untuk membaca Al-Quran walaupun satu ayat. In Shaa Allah.

Thursday, May 22, 2014

SLOT AKASIA TV3 ~ KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN




Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan diadaptasikan ke drama. Drama ini akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan akan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Dijangka akan ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri  ini semestinya dinantikan oleh peminat novel ini mahupun peminat setia slot Akasia TV3.

Sipnopsis:

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 
Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.
 


Nota Kaki: Semalam episod pertama agak menarik walaupun pelakonnya x berapa berkenan sangat tapi bole la nak layan... novel dia tak pernah baca lagi rasa macam kena beli ja ni hehehehe.....


Tuesday, May 20, 2014

TRAVELOG: MEDAN DAY 3

 

Medan Day3
 27 Januari 2014 (Isnin) 
 
 Suasana pagi di Tasik Danau Toba sangat nyaman berkabus dan sejuk.. dalam bilik dia pun xda kipas masa mandi pagi tu punya gigil la... seperti kebiasaan aku, incik hubby n AQ mmg bangun awal jadi bersiap la kami anak beranak... oleh kerana yang lain-lain masih belum bersiap lagi kami pun menikmati la pagi di sekitar cottage itu....


 Subhanallah memang indah ciptaan Allah.... 


 cantik sekali suasana ketika ini....


 kami berjiran sempat lagi berposing dari balkoni masing-masing hehehehe....


 incik hubby and AQ my lover.....

 sempat turun bawah berpossing pagi-pagi di taman mini cottage ni.....


 bilik kami di bawah puas juga nak mendaki tangga nak ke ruang lobby


 AQ di tugu welcome



 tempat makannya jauh juga nasib p dengan van kalau menapah mau pingsan huhuhuhu.... dasar manja hahahahaha...... lepas he bersarapan terus bergerak untuk pulang semula ke Medan mengikut perancangan akan singgah ke Berastagi dan Gunung Merapi



 Pak supir stop disini untuk bergambar memang cantik pemandangan dari sini kagum seketika begitu indah ciptaanNya....


 ibu dan AQ...


 sangat indah.....


 masa ni berhenti untuk ke tandas nama tempat tak tahu tapi cantik kawasannya.... selepas berhenti dari sini kami meneruskan perjalanan aku nampak dah signboard Brastagi tapi pak supir tak berhenti hairan la juga n aku pun tanya kat Dayah, rupanya dorang xkan singgah mana2 coz nak cepat sampai Medan coz salah sorang dari kami ini nak beli bagasi..... ??????? adoi mmg tak bole nak terima tapi nak buat camna kalau pergi ramai2 masing2 nak ikut kepala masing2 so terpaksa redha walaupun rasa mcam tak berbaloi yer la kita bercuti nak tgok tempat orang so mana tempat menarik tu sure la nak p kan tapi apa bole buat kena terima la.... sampai di Medan beli Bagasi kawan tu terus balik semula ke Hotel Grand


 malamnya makan di Restoran Simpang Tiga.... ikut kepala dorang mmg parah woooo makan je da mahal-mahal tapi nak buat macamana terpakda la menurut walau hati tak rela..... lepas makan balik semula ke hotel aku n incik hubby sepakat nak rileks je kat bilik dayah pun sama yang lain-lain nak keluar nak try naik beca motor depa.... masuk dalam bilik terus zzzzzz..... keletihan.....

sambung day 4

Monday, May 19, 2014

PLANNING PARTY BIRTHDAY ARISSA QAISARA

 

 Hai semua!!!!!......
x sabarnya nak balik kampung...
sabtu nak buat Party Birthday AQ cum Kenduri sempena mak nak p umrah
mmg tiap2 tahun buat, saja nak bagi dia happy......

1st birthday 2011
kat rumah opah masa ni opah dok kuarters lagi


2nd Birthday 2012
kat rumah nenek Chenderong Balai celebrate sekali dengan Marshanda
anak adik hubby masa ni dia umur setahun 21 Mei tarikh lahirnya.


3rd Birtday 2013
umur 3 tahun celebrate pun 3 kali huhuhuhu....
1st celebarate kat taska


   
 2nd buat kat rumah sendiri


final kat rumah nenek celebrate sekali dengan Marshanda

tahun ini kat rumah opah 
temanya adalah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



 MINNIE MOUSE


Nota Kaki: Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang In Shaa Allah.

HUJUNG MINGGU KAMI ~ BUKIT BENDERA & PLANET GEMPAK ASTRO

 


Salam isnin semua.......
di hari isnin yang barokah ini aku telah mengambil peluang untuk berpuasa sunat
puasa ganti xde tahun lepas puasa penuh so merajinkan diri berpuasa
nak qada kot2 ada posa2 yang tak diterima 
ok la nak sory wiken kami sefamily
 pagi sabtu tu macam biasa bila cuti haruslah mengemas rumah, mendobi bagai kan
dah settle semua si AQ tanya nak p mana ke arini
bila tanya dia, dia kata nak p taman, adoi taman mana nak di bawa ni
aku pun tanya hubby incik hubby pun no idea, aku cadangkan p Taman Burung Seberang Jaya
tapi hubby tanak dia kata tak best takde apa then dia kata siap je la nnt p la mana yang bole
aku pun siapkan AQ n bersiap tuk diri sendiri, simple2 ja aku bukan jenis melaram sakan
dah siap tu terus keluar masa dalam kereta hubby kata jom la p Bukit Bendera lama tak p situ
aku ok ja AQ lagi ok dia asal dapat berjalan mana pun boleh
ramai juga oarang kat sana jenuh Q tunggu giliran nak naik keretapi

ni tiket dia untuk warganegara yang tunjuk mykad dewasa RM7.00 dan kanak-kanak RM3.00


 possing masa Q tunggu giliran nak naik ketapi.


 lagi pose dari AQ.


 ruang last platform
tapi dalam ketapi xde picca berasak2 dalamnya mmg xdan la 
pastu pulak kira nak tutup hidung ja macam-macam bau dok ada huhuhu....
AQ steady ja la pengalaman baru bagi dia sebelum ni perbah p tapi masa tu dia kecik lagi mana nak tau apakan...


 dah sampai kat atas
ni kat Astaka kat sini ada la tempat makan-makan n jualan baju, fm, keychain n macam2 lagi la...


 top astaka dia buat mcam tempat tuk view pemandangan dari situ 
pastu kat pagar tu ada padlock konon-konon macam kat Korea tu la....


 AQ dok main padlock


 my kesayangan



 dah jumpa playground harus la dia lekat kat sini....


 ada Owl muzium tapi tak masuk pun.... RM10 per entry rasanya


 AQ teropong beriya je tah nampak entah idak hahahaha....


final pose di Bukit Bendera

 Lepas dari Bukit Bendera incik hubby bawa makan kat tempat feveret dia
Restoran Kapitan kat area Queenbay...
menu wajib adalah roti nan cheese with chicken milani
AQ nasi ngan ayam goreng, perut dia mesti nak nasi juga...
lepas2 makan aku ajak incik hubby p Queenbay tapi dia xnak
dia nak singgah batu kawan ada Planet Gempak Astro
sebenarnya xtau pun masa on d way tu terpandang bunting dia xda la best mana
AQ layan la coz bole dapat belon banyak-banyak n banyak tempat main hat yang lompat2 tu







dari sini terus balik rumah sampai rumah pukul 4 ptg sempat sembahyang zuhur
pandai planning time hehehehe konon la....

TAMAT











 

Friday, May 16, 2014

INFO: 15 PERKARA KEAJAIBAN KAABAH

Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
 
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh

WISH: SELAMAT HARI GURU 2014

 

 

 Selamat Hari Guru buat semua guru-guru
Istimewa buat cikgu Tadika Kemas Temoh Stesen, cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Temoh, Ustaz Ustazah SRAR Temoh Stesen, Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kunung Kampar, Pensyarah-pensyarah Politeknik Seberang Perai dan Cikgu-cikgu Taska Permata Anaku Kerian yang merupakan cikgu AQ terima kasih banyak-banyak di atas segala ilmu yanng telah dicurahkan semoga kalian semua akan di Rahmati oleh Allah SWT.


Nota Kaki: Seronoknya zaman sekolah dulu........

Thursday, May 15, 2014

WARNA TEMA BAJU RAYA 2014

 

 sekarang da Rejab lepas tu Syaaban, korang da ganti puasa?
aku tahun lepas puasa full so xda yang nak kena ganti tapi aku buat je puasa sunat
cuma kebelakanngan ni agak liat aduhaiiiiii....
pe pun for Syaaban aku berhajat nak buat puasa selama 15 hari harap2 berjaya la mission aku ni
So apa tema baju raya korang tahun ni?
Aku sama cam tahun lepas incik hubby xnak buat baju melayu dah 
dia nak pakai hat tahun lepas punya jer tapi akku tetap nak buat baju baru ye la baru best raya pakai baju baru kan lagi pun AQ baju rayanya dah senteng x comey da...
untuk merealisasikan kehendak aku, aku pun beli kain yang sama warna dengan tema tahun lepas tu dan hantar terus ke tailor, psssssst..... tahun ni aku berjubah AQ pun aku buatkan jubah 
now aku dalam proses penghijrahan diri ke arah muslimah yang baik
sebelum ni baik juga cuma tak sempurna.... nanti aku story tentang penghijrahan aku ni yer (macam ada nak baca jer huhuhuhu) ni nak picca raya tahun lepas nanti terjawab la warna tema weol hehehehe....
lagi pun kisah raya tahun lepas nonhado dalam blog ni rasanya akibat penyakit 'M'

 tadaaaaa...... ni la temanya GREY.......


ok bai.....