Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

Friday, May 23, 2014

TAZKIRAH: Mahkota Pada Hari Kiamat

 


Hai!!!!....
nak share 1 email yang saya dapat semoga sama-sama dapat manfaatnya...

Assalamualaikum emy,

Apa khabar hari ini?
Ingat lagi emel saya yang lepas tentang selitkan masa?
Waduuh.. berduyun-duyun emel saya dapat menyatakan apa
yang saya tulis itu terkena pada diri mereka. Ada yang kata
emel itu pemberi ingat yang bagus. Alhamdulillah jika begitu.
Izinkan saya menyambung sebagai pemberi ingat sekali lagi..
Anak merupakan Anugerah Allah
Mereka juga adalah Amanah Allah.
Sudah jelas juga didalam al Quran... mereka merupakan Ujian Allah
Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita 
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah, Amanah dan Ujian ini.
Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia 
sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah, kerana dilahirkan dalam Islam. Namun biarlah Islam
sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah
petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman Itu
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ                      
 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

 “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota
padahari kiamat
 yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apakah, kesibukan kita di dunia yang sementara ini
menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat nanti? 
Sama-samalah kita renungkan
Ikhlas dari,
Lina Karim


Nota Kaki: akan berusaha mencari masa untuk membaca Al-Quran walaupun satu ayat. In Shaa Allah.

Friday, May 16, 2014

INFO: 15 PERKARA KEAJAIBAN KAABAH

Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
 
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh

Thursday, March 15, 2012

TAZKIRAH JUMAAT - Yang Mana Satukah Kita?

Di kalangan manusia ada 2 jenis mata , mata lalat & mata lebah.
Mata lalat : Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia perhatikan ?
Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia tetap akan mencari
makanan yang kotor.

Mata lebah : Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah , apa yang ia cari?
Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?

Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain ? Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor , kemudian hinggap pula pada sajian manusia & kemudian
membawa mudarat pada yang memakannya?

Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain ? Adakah kita seperti lebah
yang meghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia ?

Alangkah baiknya jadi seperti lebah , hanya mencari yang elok meskipun dalam keaadaan yang kurang elok.
Sentiasalah bersangka baik.Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan, segalanya akan menjadi baik.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....

Pesanan ini untuk diri saya juga.