Friday, May 23, 2014

TAZKIRAH: Mahkota Pada Hari Kiamat

 


Hai!!!!....
nak share 1 email yang saya dapat semoga sama-sama dapat manfaatnya...

Assalamualaikum emy,

Apa khabar hari ini?
Ingat lagi emel saya yang lepas tentang selitkan masa?
Waduuh.. berduyun-duyun emel saya dapat menyatakan apa
yang saya tulis itu terkena pada diri mereka. Ada yang kata
emel itu pemberi ingat yang bagus. Alhamdulillah jika begitu.
Izinkan saya menyambung sebagai pemberi ingat sekali lagi..
Anak merupakan Anugerah Allah
Mereka juga adalah Amanah Allah.
Sudah jelas juga didalam al Quran... mereka merupakan Ujian Allah
Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita 
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah, Amanah dan Ujian ini.
Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia 
sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah, kerana dilahirkan dalam Islam. Namun biarlah Islam
sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah
petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman Itu
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ                      
 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

 “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota
padahari kiamat
 yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apakah, kesibukan kita di dunia yang sementara ini
menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat nanti? 
Sama-samalah kita renungkan
Ikhlas dari,
Lina Karim


Nota Kaki: akan berusaha mencari masa untuk membaca Al-Quran walaupun satu ayat. In Shaa Allah.

1 comment:

  1. tu laa dulu mase sekolah2 rajin bace sbb kene pi kelas mengaji...bile dah belajar u..bekerja dah mule leka...mujur sedar tak telalu lambat....lieya cube jadikan amalan selepas solat magrib...dpt bace satu muke surat pun dah cukup besar rahmatnye....

    moga Allah terima segala amal kite didunia ni....amin

    ReplyDelete