Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

SLOT AKASIA TV3 ~ KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN




Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan diadaptasikan ke drama. Drama ini akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan akan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Dijangka akan ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri  ini semestinya dinantikan oleh peminat novel ini mahupun peminat setia slot Akasia TV3.

Sipnopsis:

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 
Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.
 


Nota Kaki: Semalam episod pertama agak menarik walaupun pelakonnya x berapa berkenan sangat tapi bole la nak layan... novel dia tak pernah baca lagi rasa macam kena beli ja ni hehehehe.....


Monday, July 1, 2013

DRAMA : DEMI DIA



 Ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
nampaknya drama Teduhan Kasih 
dah nak habis minggu ni last kot 
yang bakal menggantikan Slot Akasia ni adalah 
'Demi Dia'
Heronya Zoey n Heroinnya plak Elfira Loy..
mcm best jerk...
xpe nnt kita tengok yer....



" Drama yang mengisahkan tentang Zack, seorang lelaki kaya tetapi tidak pandai berdikari dalam hidupnya. Tan Sri Puteh (bapa Zack) menentang Perkahwinan Zack dengan Azura, ini kerana Bapa Zack menganggap bahawa Zack tidak mampu untuk menjadi ketua dalam keluarga. Walaubagaimanapun Tan Sri Puteh akur dan terpaksa bersetuju, tetapi dengan satu syarat, Zack harus menghabiskan dahulu pelajarannya, dan Zack akur.
Atas arahan Tan Sri Puteh (bapa Zack), Wanda (kakak tiri Zack) diarahkan cuba untuk memisahkan Zack dan Azura secara perlahan-lahan. Wanda telah mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan zack dan Azura diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya"

Tuesday, June 25, 2013

REVIEW NOVEL: SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA





Dah lama dah beli n habis baca oleh kerana diadaptasi jadi drama bersiri makanya
aku baca semula n now review terus kat blog. rating 5 star sangah syiok woooo....



SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. 

Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.). 

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.













NOTA KAKI: sangat2 tak sabar nak tunggu seterusnya... Jumaat sentiasa ku nanti...