1. Mekah adalah
kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3.
tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5.
Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi
boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak
ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7.
Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.
Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam
dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9.
Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10.
Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan
terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan
sel darah.
11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13.
Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang
yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.
15.
Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia
di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh
Salam Ukhuwah Fillah ...
ReplyDeleteTerima Ksih Atas perkongsian ..
Lya singgha sini dr blog akifimtiyaz3..
tq sudi singgah & komen kat blog Lya
Lya FOLLOW sini ..
Perkara ke 12 itu sangat menarik perhatian saya!
ReplyDeleteTerima kasih sudi datang dapur saya, salam kenal.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca..
sevendrops