mmg mendalam maksudnya
bertambah2 like dgn lagu ini
copy untuk share yer tuan blog....
(Makna Lirik)
~~Lagu Teman
Pengganti seolah-olah menggambarkan keadaan dan perasaan Diri kepada diri. DIRI
mengharapkan mereka berdua (DIRI dan diri) akan kekal bersama sehingga akhir
nyawa sang diri.
~~Namun harapan itu
seakan terkubur apabila DIRI melihat di samping diri bukan DIA lagi. Bahkan sesuatu
yang bersifat jahil (keduniaan) sedang menemani diri. Ini bererti sang hamba semakin
lalai dengan nikmat dunia sehingga secara tidak sedar telah melupakan DIA.
~~Rangkap ketiga,
mengimbau peristiwa di mana sang hamba sedang asyik bercinta dengan DIA,
segalanya indah. ‘Ketawa bersama, menangis bersama’ diertikan sebagai kehidupan
yang adakalanya sukar dan adakalanya menggembirakan. DIA sentiasa ada bersama
hambaNya. DIAlah perungkai masalah hamba yang dikasihiNya.
~~Rahsia apakah yang
bersifat terpendam? Itulah rahsia antara DIA dan hambaNya. Rahsia yang jelas
dinyatakan tetapi perlu mencari untuk
melihat apa yang tersirat didalam tersurat.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Petunjuk. Selangkah kita melupakan
DIA, selangkah jua DIA melupakan kita. Tetapi harus beringat akan azab yang
menanti. Maka, nikmat yang manakah harus kita dustakan? Tuhan yang bagaimana
boleh menjadi penggantiNya?
~~Rangkap kelima,
mengisahkan tentang sang hamba yang akhirnya mengakui kebenaran cinta hakiki.
Mahabbatullah. Dalam dunia pancaroba, DIA tidak terlepas dari terkena tempias.
makhlukNya sendiri yang mendustakan agamaNya. makhlukNya sendiri menghina DIA. Tetapi,
hamba yang menjadi kekasihNya, hamba yang mengenaliNya, hamba yang mencintaiNya…
pasti tidak akan terusik dengan perkara sebegitu. Mereka ini adalah golongan
yang tetap dengan pendirian dan tetap imannya. Hanya golongan ini yang memahami
isi dan ayat sebenar “naskah lama” (al-Quran)walaupun masih sukar, namun tetap
dengan keadaan itu.
~~Rangkap keenam
bermaksud, situasi sang hamba dalam keadaam penyerahan diri kepada Allah.
- ‘Setia mendengar’..
itulah lafaz zikrullah
- ‘Sentiasa hadir’…
itulah keadaan diri bertemu DIRI
- ‘Ingat setiap
ulangtahun, setiap hari lahir’… simbolik kepada sebuah perhubungan yang erat. Setiap
apa mengenai DIA, sudah kukuh terpatri dalam hati sanubari. Mana mungkin ada
yang mampu menggugahnya.
- ‘Syawal’= sinonim
dengan bulan menyambut aidilfitri, juga kemenangan umat Islam yg berpuasa. Namun,
dalam lagu ini berbeza maksudnya. Maksudnya di sini adalah kemenangan seorang
hamba yang beriman dalam peperangan menentang hawa nafsu.
-‘kaulah yang
terawal’ merujuk kepada DIRI.
-’70 ribu hijab
harus ku singkap’ bermaksud penyerahan tahlil kepada 7 manusia penting setiap
seorang sebanyak 70 ribu.
-‘ku sorok kitab
balik tingkap hinggap’ merujuk kepada ilmu hakikat yang bersifat tersembunyi
bertujuan untuk menjernihkan DIRI yang bagaikan terpenjara. Inilah yang
dimaksudkan dengan ‘sucikanlah nama tuhanmu dengan zikrullah’.
~~Rangkap ketujuh:
kembali kepada keadaan penulis, dia menyatakan bahawa dunia itu istimea
baginya, namun tidak dapat menandingi keistimewaan dan kesempurnaan Allah.
~~Penulis masih
mencari fungsi wujudnya dia. Dia keliru
dan terperangkap dalam diri, mujur ada si peneutralisasi (Allah),
-‘murung berkurung
dan tubuh kian susut’ menggambarkan keadaan diri penulis yang benar-benar
cintakan Allah. Dia hanya menunggu ‘maut’ datang menjemput untuk bertemu DIA.
-komplikasi di
halaman rusuk kiri’ simbolik kepada kedudukan jantung dan hati. Penuhkan hatimu
dengan DIA.. degupkan degupan jantungmu berserta DIA (zikir).
~~’Lagu ini yang
terakhir aku sajikan’ bermaksud ucapan zikrullah itu sendiri. Ucapkan nama DIA
dikala rindukan DIA. Jaga DIRImu yang telah bersih, jangan dikotorkan kembali.
-‘Jangan makan hati’
simbolik kepada pengotoran hati
-‘Yang patahkan
tumbuh, yang hilangkan berganti’ bermaksud lawanlah hawa nafsu sehingga diganti
nafsu itu dengan nafsu mencintai Allah.
-‘bilik dah ku
kemas, katil dah ku rapi’ simbolik kepada pembersihan hati yang hakiki.
-‘cincin, kunci ,
dompet dalam laci’ simbolik kepada keduniaan.
-‘wang’ simbolik
kepada jumlah amalan, semoga cukup untuk suatu perjalanan yang jauh.
~~Aku kan pergi…
bertemu kekasih abadi…tiba masanya kau cari teman pengganti…~~