Persoalannya adakah dengan berhenti kerja, dapat mengurangkan stres? Tidakkah itu bermakna kita sebenarnya melarikan diri daripada masalah? Dan tentunya itu tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Stres boleh menjadi baik kerana stres akan memotivasikan anda untuk bekerja dengan cepat. Bagaimanapun, apabila anda sakit dan gagal beri tumpuan, ia akan menjadi sebaliknya. Jika anda rasa begitu dibebani kerja dan anda rasa kerja itu sudah mengambil alih hidup, anda harus mengawalnya.
Berikut tips yang boleh anda lakukan:-
1. Gunakan teknik kawal stres seperti teknik penafasan dalam. Ambil masa untuk relaks, tarik nafas panjang dan biarkan stres dibasuh perlahan-lahan.
2. Senaman ringan secara berkala. Senaman akan mengalirkan endorfin dan menjadikan anda lebih gembira dan sihat. Sekaligus anda boleh atasi rasa negatif dan marah.
3. Nilai dan beri tumpuan pada sesuatu situasi. Perhatikan sama ada anda boleh cari jalan untuk kurangkan stres. Agihkan kerja kepada orang lain. Minta bantuan.
4. Cari masa untuk diri sendiri. Jika anda bekerja saja, anda akan kehilangan sebahagian diri anda. Ambil masa rehat dan lakukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda akan dapat lebih tenaga apabila kembali bekerja.
5. Jadilah realistik. Lakukan apa yang anda boleh sahaja. Jika anda bawa balik kerja ke rumah setiap hari, itu sebenarnya melampau. Kerja itu hanya sebahagian diri anda. Kawal hidup anda. Anda perlu seimbang antara kerja dan kehidupan peribadi.
6. Bercakap dengan orang lain. Berkomunikasi dengan rakan sekerja dan orang lain dalam hidup. Bercakap dapat kurangkan stres, malah kadangkala orang lain boleh menawarkan penyelesaian yang anda tidak terfikir.
7. Tangani rakan sekerja yang kaki buli dan yang bersikap negatif. Anda tentu tidak mahu tindakan orang lain bakal menambah stres yang tidak perlu dalam hidup anda.
8. Periksa jadual mingguan. Kenal pasti aktiviti yang akan beri anda kegembiraan dan aktiviti yang menyebabkan anda stres. Keluarkan aktiviti yang akan buat anda stres, musnahkn apa yang tidak perlu dari hidup.
9. Pisahkan antara tugasan harian dan aktiviti peribadi. Ini untuk pastikan bahawa ada tidak menyelesaikan semuanya dalam senarai yang tidak habis.
10. Ambil masa untuk diri sendiri setiap hari. Peruntukan walaupun hanya 10 minit setiap hari untuk relaks dan bersendirian, tarik nafas panjang dan meditasi bagi bantu diri bertenang. Solat adalah waktu bertenang dan rehat yang terbaik bagi orang Islam, jadi jangan tinggal solat (kecuali ketika anda uzur syarie).
11. Luahkan pada teman dan orang tersayang untuk sokongan pada waktu stres. Minta mereka bantu, jadi anda dapat meringankan beban. Kadangkala dengan minta tolong dapat membantu ringkankan stres.
12. Kenal pasti tahap persahabatan dan perhubungan dengan orang lain dalam hidup anda. Fikirkan mengenai apa yang secara peribadi anda perlukan daripada perhubungan itu untuk jadikan anda lebih tenang. Dekati orang yang berkenaan dengan keyakinan, supaya anda dapat atasi masalah yang berlegar antara anda.
13. Lakukan senaman berkala, makan sihat dan cukup tidur. Tidak kisahlah apa yang bakal anda lalui, ikutilah diet sihat dan tidur tenang akan bantu anda pulih semula dan kurangkan stres.
14. Lalui hari dengan sikap positif. Positif adalah kunci untuk membangunkan kejayaan pelan penawar stres, tidak kira apa punca yang anda hadapi.
Panduan atasi stress
Anda perlukan
a. Kerja
b. Minyak lavender
c. Kerusi pusing
d. Sambungan internet (jika ada)
e. Hanya 10 minit!
1. Tarik nafas panjang. Maklumkan pada rakan setugas bahawa anda perlukan rehat sebentar. Matikan telefon jika perlu.
2. Dapatkan losen dengan aroma lavender.
3. Pejam mata, tarik nafas panjang, sapukan losen pada tangan dan bawah hidung. Boleh letakkan juga berdekatan komputer kerana panas daripada komputer akan menyebarkan aroma ke sekitar. Aroma itu akan memberikan relaks pada anda.
4. Pusing perlahan-lahan kerusi anada. Cara itu akan alihkan perhatian anda daripada meja.
5. Selepas bertenang, main permainan komputer. Jika ada kawan sekerja yang menyakitkan hati, ‘tembak’
sahaja melalui permainan komputer itu!
No comments:
Post a Comment