Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

REVIEW FILEM: LAGENDA BUDAK SETAN 2 KATERINA


 SINOPSIS LAGENDA BUDAK SETAN 2 (KATERINA) 
Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mula terjalin. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate iaitu Sofea. Sofea tidak berpuas hati kerana Kasyah adalah punca Kate kecewa selepas Kasyah menikahi Ayu. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Kate ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkap dengan membayar Zahirah untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Kasyah membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Kalau nak tau, tontonlah sendiri dan hayatilah yea... ^_^

Pelakon Lagenda Budak Setan 2
Farid Kamil
Maya Karin
Bront Palarae
Nota Kaki: Best la jugak... paling i suka scene masa kat oversea nama pe tah lupa dah.... star nak bg 3 star.....

Monday, December 31, 2012

REVIEW FILEM: STRAWBERI CINTA


Sinopsis Filem Strawberi Cinta
 
mengisahkan tentang Ichigo (Yana Samsudin) yang datang ke Malaysia dari Jepun untuk mencari sesuatu. Di Malaysia, Ichigo bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong. Dapatkah Ichigo bertemu dengan apa yang dicari? Jangan lupa saksikan Strawberi Cinta di pawagam 6 Disember ini.

Pengarah : Ahmad Rusli Mohamed Khadri Pelakon Strawberi Cinta:
Yana Samsudin, Pierre Andre, Diana Amir


Nota kaki: hm xde la best mana cam citer melayu lain-lain juga harap comel tgok yana pakai baju fesyen org jepun tu la.... sweet je.... dari 5 star bagi 2.5 star je la...




Wednesday, December 19, 2012

REVIEW FILEM: ISTANBUL AKU DATANG

 Wei korang da tgok ker citer nih?... best tak? best x?
pada aku biasa2 jer takde la best mana cuma banyak tempat2 menarik yg ditonjolkan 
tu je la huhuhuhu....



 *
*
*
*
*
V
Sinopsis

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.