Wednesday, December 5, 2012
Tips membuat pilihan dengan betul dalam kehidupan
Dalam kehidupan ini semua orang perlu membuat pilihan. Apa sahaja yang kita lakukan mesti datang dari pilihan kita sendiri. Dari perkara yang mudah seperti memilih jenus makanan dan minuman, warna pakaian sehinggalah kepada perkara yang besar seperti soal jodoh, hidup dan kematian.
1. Kehadiran kita ke dunia ini bukanlah satu pilihan tetapi ia adalah satu ketentuan yang telah ditulis dalam satu takdir yang ditetapkan oleh Tuhan dengan sesuatu yang dipertanggungjawabkan.
2. Tanggungjawab kita pula ialah memahami apa yang perlu dipilih untuk dilakukan berdasarkan hukum kehidupan yang telah digarispandukan oleh Tuhan seperti suruhan dan larangan, kebaikan dan keburukan, faedah ataupun musibah.
3. Pilihan yang dibuat perlu dipertanggungjawabkan oleh orang yang memilih kerana Tuhan tidak menghalang apa yang dipilih. Tuhan mengurniakan akal fikiran dan timbangan perasaan semasa pilihan dibuat oleh seseorang.
4. Dalam soal kehidupan, sekiranya pilihan dibuat berdasarkan keinginan dan kemahuan semata-mata, hasilnya akan dirasai untuk apa yang mahu dirasa. Demikian juga sekiranya pilihan dibuat atas fikiran sendiri sahaja juga akan menyusahkan kita.
5. Pilihan yang baik dan betul pada hukum yang berpatutan seperti mengikut kehendak Tuhan, fitrah kehidupan dan hukum alam yang ditetapkan oleh kehidupan pasti hasilnya memberikan kebaikan.
6. Namun sekiranya pilihan yang dibuat dapat disedari kelemahan dan kesilapannya bukannlah bererti tiada ruang untuk diperbetulkan. Apa yang utama ialah kesediaan untuk mengubah diri kepada yang lebih bermakna.
7. Tuhan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada manusia kembali kepada kebenaran dan kebaikan. Cuma sebagai yang dicipta seharusnya bijak membuat pilihan.
Sumber:-
Majalah Harmoni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment