1. Setiap
manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian
yang menarik
tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang
bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan
jelingan-jelingan manja.
2. Kepulangan
pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu
disambut dengan
gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya.
Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan
anda pulang/mahu meninggalkan rumah.
3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun
setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika
tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)
5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis
dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.
6.
Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda
membantu tetapi
tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah
kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
(karang tak pasal2 kena pujuk)
7.
Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi
anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda
selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda
mungkin merasa kurang senang.
8.
Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi
bersamanya dan
menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk,
pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak
sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh
apabila anda berkata2 demikian.
9.
Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian
anda dan berselimut
bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang
memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cintai”.
10.
Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama
sekali perkara
yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah
perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar
mengasihi pasangan anda.
11.
Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia
dengan baik
walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian,
kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang
faham dengan keperluan pasangannya di sudut seks. Kurangnya layanan dan
banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa
bosan.
12.
Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan
semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia
lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda
kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia
sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri.
Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun
menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
13.
Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik
serta berterusanlah
menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri,
jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan
menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la
suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali
di caci-keji.
Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
14. Uruskan
perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang
berkerjaya,
selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di
luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang
terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan
mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu
batinnya dan kedua nafsu makannya.
15. Ketika
suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan
menyebabkan
suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam
berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.
Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang
yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi
rumahtangga.
16.
Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak
membelakanginya
minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah
tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan
kenikmatannya.
17.
Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk
menyatakannya,
lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami
tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa
bahawa dia diperlukan.
18.
Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda
cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak
mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa
bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan
itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan
cintanya.
No comments:
Post a Comment