Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang
kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi
ujian yang
berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita
mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali
kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak
redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap
kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita
hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada
sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi
musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah
telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan
sekali-kali menguji
hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam
menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di
sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita
sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan
pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan
ketenangan. Tetapi
hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga
dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang
mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke
arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta
batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa
bersamamu.
Jadi
seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah
lah tempat kembali segala
masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk
merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu
diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,
Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah
diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang
memegang hati-hati
kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak
hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari
kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam
diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah
berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita
dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita
perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka
bersedialah dalam menghadapi
ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian
tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya
yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang
ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
.
No comments:
Post a Comment