Tuesday, July 22, 2014

WISH ~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014

 


 To all blogger and fren 


Sunday, July 13, 2014

REZEKI RAMADHAN

 

 Syukur Alhamdulillah
Allah makbulkan doa kami suami isteri 
dan aku diberi peluang untuk melaluinya sekali lagi





NOTA KAKI: Lepas raya baru nak buat buku merah angkara terlupa tarikh last period takut kena marah ngan misi. Adoi.......

Sunday, July 6, 2014

Giveaway : Ole-ole Kota Singa

 


Hola!!!!
jom join giveaway oleole Kota Singa dari blog





Jom kita tengok Cara-cara penyertaan!

Cara-cara Penyertaan
1. Follow blog Takaramono (jika anda masih belum berbuat demikian.)
2. Follow S. Faezah di Google+ (jika anda masih belum berbuat demikian.)
3. Tulis satu entri bertajuk 'Ole-ole Kota Singa' dan tampalkan banner GA di atas.
4. Pastikan banner GA di 'backlink' kan ke entri ini.
5. Tinggalkan link penyertaan anda di bahagian komen.


Simple je kan. Jemput join yer kawan-kawan.

Thursday, July 3, 2014

RAMADHAN HARI KE-4

 

Ramadhan ke-4
Sedikit mencabar dengan monthly report dan monthly payment
sistem yang slow macam siput
dengan berkat kesabaran berjaya menyelesaikan semua
Alhamdulillah
semalam berbuka dengan incik hubby
berbuka semalam hanya gado2 dan kuih muih sahaja incik hubby nasi ayam
beli di Bazar Ramadhan Jawi
cukup sekadar itu
mulanya nak masak tapi macam biasa la
incik hubby kata tak payah masak beli je
aku on ja la hihihihi.....
malam keletihan tidur awal sampai terlupa rendam bihun untuk masak sahur
penyudahnya hanya bersahur megi goreng bertelur moga incik hubby bertahan
aku tak pe ok ja......
ni je la kot entry ringkas untuk hari ini
Sekian.


Wednesday, July 2, 2014

TIPS MEMASAK TUNTAS DAN PANTAS

 


 Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan barakah 
dan setiap amalan yang berlipat kali ganda. 
Tetapi selalunya kita sebagai wanita dan ibu
 banyak menghabiskan masa didapur menyediakan 
hidangan untuk juadah bersahur dan berbuka. 
Memanglah memberi makan kepada orang yang berpuasa pun
 mendapat ganjaran pahala juga, cuma khuatir kita tidak 
sempat pula mengejar amalan-amalan 
lain kerana fikirkan memasak sahaja.

 Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama:-


Rancang Hidangan
Adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ada yang suka merancang menu bulanan, ada yang merancang menu mingguan. Apapun, rancanglah menu yang mudah disediakan.  

Sediakan Senarai Barang Belian:
 Semak keperluan resepi anda dan pastikan barangan yang diperlukan mencukupi. Perhatikan juga tarikh tamat tempoh supaya masih boleh digunakan apabila diperlukan nanti.
Manfaatkan masa hujung minggu/masa lapang: Gunakan masa lapang anda untuk menyediakan stok simpanan anda supaya tidak terkejar-kejar semasa hendak memasak.

Kupas bahan-bahan rempah/herba
Kupaskan bawang merah, putih, besar (anggaran untuk kegunaan seminggu) halia, lengkuas, kunyit dan lain-lain lagi. Potongkan bahan yang hendak anda gunakan dalam masa terdekat dan selebihnya disimpan dalam cling wrap dan dimasukkan dalam peti ais supaya tahan lama. 

Sediakan Perencah/cili kisar: 
 Masakan Malaysia kebanyakannya menggunakan cili kisar dan perencah seperti bawang kisar. Potong cili dalam 2cm dan buang biji, kemudian dibasuh. Selepas itu direbus cili tersebut dan kemudian dikisar. Simpanan dalam bekas simpanan kecil-kecil supaya tidak mudah rosak. Boleh juga dicampurkan dengan bawang ataupun diasingkan. 

Cili tumis: 
Untuk menjimatkan lebih masa, anda juga boleh menyediakan cili tumis dengan cara menumis cili anda dengan minyak, garam, sedikit cuka sehingga airnya kering kemudian disimpan dalam bekas kecil-kecil atau dalam botol. Boleh digunakan apabila perlu tanpa perlu menunggu cili masak kerana sudahpun dimasak terlebih dahulu.

Simpan sayur-sayuran: 
Sayur-sayuran tidak perlu dibasuh supaya tahan lama. Sebaiknya disimpan dalam kertas suratkhabar ataupun foil. Potong siap-siap jika anda mahu lebih cepat. Pastikan juga wap panas dikeluarkan dahulu sebelum disimpan dalam peti ais supaya tidak mudah kekuningan. 

Penyimpanan ikan: 
 Ikan perlu dibasuh dan dibersihkan daripada darahnya. Kemudian disiang dan disimpan asing mengikut keperluan supaya tidak perlu dinyahbeku kesemuanya apabila mahu digunakan. Untuk menyegarkan ikan yang sudah dibekukan bolehlah direndam menggunakan susu segar.

Penyimpanan makanan laut: 
Basuh makanan laut anda dan bersihkan seperti biasa. Kemudian disimpan mengikut keperluan.
Penyimpanan ayam: Ayam dibasuh dan diasingkan organ dalaman sekiranya ada. Kemudian dipotong dan disimpan mengikut keperluan.

Penyimpanan daging
Daging boleh disimpan dalam aluminium foil tanpa dibasuh mengikut keperluan masakan.
Stok telur: Jika ada telur yang sudah dipecahkan, bolehlah disimpan dengan menambah sedikit garam/gula dan disimpan dalam bekas bertutup. 

Sambal Belacan: 
Tumbuk bahan dan simpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, barulah campur dengan perahan asam limau/ limau kasturi.
Jika anda mempunyai lebih masa dihujung minggu, anda bolehlah marinate ikan/ayam anda dan menyimpannya asing-asing. Selain itu, anda juga boleh memasak terlebih awal lauk pauk anda dan kemudian frozen lauk tersebut.

Jangan lupa untuk  menitikberatkan kira tatacara penyimpanan yang baik. Simpan dalam bekas kecil-kecil dan bertutup serta labelkan tarikh.


Selain itu, pastikan juga peti ais anda sentiasa bersih dan dapur anda rapi supaya anda lebih bersemangat untuk bekerja didapur dan dapat menjimatkan masa anda.

Selamat menyediakan juadah berbuka dan bersahur! 
Copy Paste: http://ummikusayang-learning-centre.blogspot.com/

NOTA KAKI:  Bole try nanti....................

RAMADHAN HARI KE-3



Haluuuuuu......
balik2 rumah semalam dalam peti merah ada sesuatu 
apekah?
ada bungkusan rupanya....

 dari AJINOMOTO
Owh baru teringat haritu ada isi form kat FB untuk dapat sample free hihihihi
dalam ada lah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

 ada 3 bungkus dalamnya

nanti nak try.... bila? entah la hihihihi.....
menu iftar aku semalam hanya bihun goreng homemade sempoi mempoi
berbuka sorang2 xla sorang AQ ada tp dia bukan posa pun hihihi incik hubby pegi operasi daaa
oleh kerana dah 5 tahun alami situasi ini jad tak heran pun
lagi sadis masa xde AQ dulu sorang2 ja tgh pregnant plak tu
sahur pagi tadi gila rajin masak siakap stim ngn sayur sawi jepun tumis ala2 manja gitewwww.....




NOTA KAKI: mengantuk tahap tak hengat kat ofis ni maklum ler ofis kecik staf sikit gini ler....

Tuesday, July 1, 2014

RAMADHAN HARI KE-2

 

Hai semua!!!.....
saja nak story pasal puasa kedua semalam...
Alhamdulillah ok ja sihat sepanjang ari
syukur di atas nikmat yang telah diberikan...
sahur semalam makan burger Mc D you....
balik dari kg singgah Mc D drive thru
incik hubby hubby kata senang tak payah nak masak bagai
takut bini dia yang ngada2 ni penat
pada hal duduk ja bukan drive pun hihihi......
masa kat ofis dugaan sikit menguap tak hengat adoi...
tapi Alhamdulillah dapat bertahan sampai petang...
berbuka plak cadang nak masak tomyam poktek nak makan dengan bihun
sekali balik2 rumah incik hubby da beli macam2
jawapannya barang2 yang dibeli konon2 nak masak tu simpan je dalam peti ais
best gila x payah masak bole rehat2... hihihi.....
malam tadi aku terus siang2 lauk yang aku beli n terus masak tomyam poktek ngan nasi
pagi tadi bersahur lah dengan nasi goreng ikan masin, tomyam poktek n telur dadar




NOTA KAKI: Syukur masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah ini.....