AIDILADHA mempunyai banyak manfaat dengan gandaan pahala berlipat kali ganda kepada seluruh umat Islam. Bukan sekadar merayakannya dengan keinsafan dan kebahagiaan melalui kunjung mengunjung antara sahabat handai dan saudara mara, bahkan Aidiladha turut menyediakan lebih peluang kepada seluruh umat Muhammad untuk mengerjakan ibadat korban semata-mata kerana ingin mendapat pahala dan keberkatan hidup dari Allah Taala.
Binatang yang dijadikan korban semestinya terhindar daripada sebarang bentuk kecacatan. Ini kerana pada hari Kiamat nanti, binatang yang dijadikan korban akan hadir dalam keadaan asalnya. Antara jenis binatang yang dijadikan korban ialah kambing, unta, biri-biri, kerbau atau lembu dengan mengikut syarat korban ditetapkan syarak.
Antaranya biri-biri hendaklah berumur lebih setahun, bagi kambing, lembu atau kerbau ialah lebih dua tahun, manakala unta hendaklah berumur lebih lima tahun.
Anas melalui sebuah riwayat oleh Bukhari dan Muslim katanya, “Rasulullah mengorbankan dua ekor kambing yang berbulu hitam dan putih.
Aku melihat Baginda meletakkan kedua-dua kakinya di atas leher kedua kambing itu lalu membaca Basmalah dan bertakbir. Kemudian Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri.”
Ada beberapa gambaran dan pengajaran yang dilakukan Rasulullah melalui perbuatan itu. Tindakan Baginda meletakkan kedua kaki kambing di kedua-dua tengkuknya adalah untuk mengelakkan kambing itu meronta-ronta. Begitu juga lebih afdal sekiranya orang yang melakukan ibadat korban itu menyembelih sendiri binatang yang akan dikorbankan.

Adalah diingatkan juga, selain menumpukan perhatian terhadap ibadat korban pada Aidiladha, sebagai umat Islam kita turut disunatkan memperbanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya. Lebih afdalnya bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga waktu Asar hari Tasyrik (13 Zulhijjah).
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Saad katanya, “Rasulullah keluar pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha ke tempat sembahyang. Perkara pertama dilakukan Baginda ialah sembahyang, kemudian menghadap orang ramai lalu memberi nasihat dan menyuruh mereka melakukan kebajikan,”
Pada Aidiladha disunatkan tidak makan hingga selesai mengerjakan solat sunat Aidiladha. Makanlah daging korban jika seseorang itu melakukan ibadat korban. Sebenarnya Aidiladha juga menyimpan pelbagai gambaran berbentuk pengajaran dan teladan yang harus diterjemahkan sendiri oleh setiap umat Islam.
Dalam melakukan ibadat korban umpamanya, dilarang sama sekali seseorang itu bersifat riak, sama ada sebelum atau sesudah melakukan ibadat itu. Melakukan korban semata-mata ingin menunjukkan bahawa seseorang individu itu berada atau mempunyai wang yang banyak adalah ditegah agama.

Sesudah binatang yang dijadikan korban itu disembelih dan disempurnakan dagingnya, maka adalah disunatkan ia disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran tetangga yang tidak melakukan korban dan juga yang kurang berada. Sesungguhnya Allah akan memberikan satu lagi ganjaran pahala kepada orang yang melakukan korban itu.
Di samping itu, tujuan melakukan korban juga adalah untuk mengenang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail.
Sesungguhnya walaupun sebesar mana jumlah korban yang dilakukan oleh umat Islam, masih tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang melakukan pengorbanan paling agung dalam hidup Baginda.

No comments:
Post a Comment