Thursday, October 25, 2012

LIDAH TENTUKAN LANGKAH MANUSIA KE SYURGA ATAU NERAKA


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Tuesday, October 23, 2012

Wordless Wednesday



Langkawi buat kali kedua 2012

PERSIAPAN RAYA AIDILADHA

Ada ke yang buat persiapan cam aku?... rasa macam over plak tp bukan selalukan 
memandangkan tahun ni en.hubby dgn baik hati 
mengeluarkan belanja untuk korban dan kenduri kecik 
jadi aku rasa cam best je raya thn ni 
tak macam thn2 sebelum ni 
rasa macam xde apa yg berlaku.

Untuk persiapan raya ni 
aku telah membuat biskut untuk dihidang masa kenduri nanti, 
kerepek2 n kek akan dibeli nanti hehehe... 
x lupa juga baju raya (overkan siap ada baju raya lagi), 
kebetulannya aku telah membeli sehelai jubah masa dapat gaji hari tu 
tiba2 aku dapat ilham untuk menjadikan jubah 
itu sebagai baju raya yg kebetulannya juga aku beli 
sama kaler dgn tema raya hari tu iaitu BIRU jd tak 
perlu la ssh payah nak tempah baju melayu 
hubby plak kan cz hubby bole pakai je baju 
melayu tu lagi pun baju melayu bukan pakai 
sgt pun kan so da jimat kat ctu. Masa rehat semalam 
aku xde arah jadi aku telah berjalan2 ke pusat bandar 
n aku juga telah terbeli baju kurung untuk si tecik 
Arissa yang warnanya sedondon dgn tema kami. 
Baju raya dia aritu telah singkat cepat sgt tingginya 
x pasal2 kna beli baju lain (alasan hehehe...). 
Balik2 dr ofis aku terus try kat dia kna la try cepat2 
mana tau klu tak ok leh tukar balikkan, 
alhamdulillah sgt comel Arissa dgn baju itu 
dan dia juga sgt excited mendapat baju baru. 
Sebijik perangai macam ibu hehehe...
Oleh itu raya aidiladha tahun ni 
kami berbaju raya baru hehehehe..... 

Malam tadi en hubby tak OT 
dia ajak aku p beli barang2 
untuk kenduri nanti plus beli barang keperluan rumah sekali. 
Banyak juga la barang dibeli termasuk barang2 yang dipesan oleh my MIL. 
Settle terus balik rumah dgn keadaan yg sangat letih huhuhu.... 
Tamat sudah cerita persiapan raya aidiladha kami.
Sekian.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1433H/2012


Monday, October 22, 2012

KORBAN


AIDILADHA mempunyai banyak manfaat dengan gandaan pahala berlipat kali ganda kepada seluruh umat Islam. Bukan sekadar merayakannya dengan keinsafan dan kebahagiaan melalui kunjung mengunjung antara sahabat handai dan saudara mara, bahkan Aidiladha turut menyediakan lebih peluang kepada seluruh umat Muhammad untuk mengerjakan ibadat korban semata-mata kerana ingin mendapat pahala dan keberkatan hidup dari Allah Taala.


Binatang yang dijadikan korban semestinya terhindar daripada sebarang bentuk kecacatan. Ini kerana pada hari Kiamat nanti, binatang yang dijadikan korban akan hadir dalam keadaan asalnya. Antara jenis binatang yang dijadikan korban ialah kambing, unta, biri-biri, kerbau atau lembu dengan mengikut syarat korban ditetapkan syarak. 

Antaranya biri-biri hendaklah berumur lebih setahun, bagi kambing, lembu atau kerbau ialah lebih dua tahun, manakala unta hendaklah berumur lebih lima tahun.

Anas melalui sebuah riwayat oleh Bukhari dan Muslim katanya, “Rasulullah mengorbankan dua ekor kambing yang berbulu hitam dan putih.

Aku melihat Baginda meletakkan kedua-dua kakinya di atas leher kedua kambing itu lalu membaca Basmalah dan bertakbir. Kemudian Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri.”

Ada beberapa gambaran dan pengajaran yang dilakukan Rasulullah melalui perbuatan itu. Tindakan Baginda meletakkan kedua kaki kambing di kedua-dua tengkuknya adalah untuk mengelakkan kambing itu meronta-ronta. Begitu juga lebih afdal sekiranya orang yang melakukan ibadat korban itu menyembelih sendiri binatang yang akan dikorbankan.
Adalah diingatkan juga, selain menumpukan perhatian terhadap ibadat korban pada Aidiladha, sebagai umat Islam kita turut disunatkan memperbanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya. Lebih afdalnya bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga waktu Asar hari Tasyrik (13 Zulhijjah).

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Saad katanya, “Rasulullah keluar pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha ke tempat sembahyang. Perkara pertama dilakukan Baginda ialah sembahyang, kemudian menghadap orang ramai lalu memberi nasihat dan menyuruh mereka melakukan kebajikan,”

Pada Aidiladha disunatkan tidak makan hingga selesai mengerjakan solat sunat Aidiladha. Makanlah daging korban jika seseorang itu melakukan ibadat korban. Sebenarnya Aidiladha juga menyimpan pelbagai gambaran berbentuk pengajaran dan teladan yang harus diterjemahkan sendiri oleh setiap umat Islam.

Dalam melakukan ibadat korban umpamanya, dilarang sama sekali seseorang itu bersifat riak, sama ada sebelum atau sesudah melakukan ibadat itu. Melakukan korban semata-mata ingin menunjukkan bahawa seseorang individu itu berada atau mempunyai wang yang banyak adalah ditegah agama.
Sesudah binatang yang dijadikan korban itu disembelih dan disempurnakan dagingnya, maka adalah disunatkan ia disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran tetangga yang tidak melakukan korban dan juga yang kurang berada. Sesungguhnya Allah akan memberikan satu lagi ganjaran pahala kepada orang yang melakukan korban itu.

Di samping itu, tujuan melakukan korban juga adalah untuk mengenang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail.

Sesungguhnya walaupun sebesar mana jumlah korban yang dilakukan oleh umat Islam, masih tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang melakukan pengorbanan paling agung dalam hidup Baginda.

Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan


Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.
Unik kan ? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah. 
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.

Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati. 

''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam  yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. 
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~

Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan. 

PS: (artikel ni dapat dari email group) kesimpulan yang boleh aku buat dari artikel ini ialah mmg benar apa yg nyatakan Allah maha berkuasa setiap yg dilakukan ada sebabnya namun aku sendiri sebagai manusia biasa yang hanya mempunyai hati senipis kulit bawang kadang2 alpa dgn kehidupan ini. Dan selepas ini akan aku pastikan untuk meneguhkan iman ku agar aku sentiasa redha dgn setiap ujian yang dtgnya dari Allah mungkin Allah duga aku kerana dosa ku sebelum ini. Ya Allah kau ampunkan segala dosa ku ini. Amin.

Friday, October 19, 2012

STRESS + EMOSI

Dah lama tak menaip kisah aku kt blog ni hari ni mmg aku betul2 stress dan aku tak tak tau pada siapa aku nak meluahkan isi hati aku yg tersirat ini... Dah lama aku pendam, dah lama juga aku nk luahkan cuma bnyak perkara yg membuatkan ianya x terluah.. tah la kdg2 aku rasa macam menyesal plak bertukar kat cni, tp apa yg aku lakukan demi suami aku, aku nak bersama2 dia harungi susah senang bersama. Ya aku bahagia bersama suami aku, anak aku, tapi aku tak bahagia di tempat kerja aku.

klu tak kerana suami aku mmg aku da minta tukar dah tp aku tak boleh aku nak sentiasa berada dgn suami aku. aku akur tak semua yg kita harap kita akan dapat. aku bahagia dgn family aku tp Allah duga aku tak bahagia di ofis. Apa pun  aku bersyukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab aku di ofis dgn sebaiknya biar la org tak nampak kerana aku yakin Allah tahu apa yg aku buat.

Ya Allah, hanya pada mu ku serahkan segalanya, aku redha dan aku akan terus mencuba untuk menghadapinya walaupun aku tahu diri aku kdg2 tak kuat. Pada Mu aku bermohon semoga aku, suami, anak dan seluruh ahli keluargaku dirahmati. Amin.

Tuesday, October 16, 2012

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH


Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

15 TIPS MURAH REZEKI