Bagi memastikan TAQWA berjaya terbina di dalam diri setiap mukmin, perlulah diwujudkan beberapa keadaan berikut:
1. Mu’ahadah – mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9)
Seseorang mukmin perlu
selalu berkhalwat (menyendiri/hanya antara dia dan Allah), untuk
menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Ingatlah setiap hari paling
minima kita berjanji sebanyak 17 kali dalam solat-solat fardhu sebanyak
lima waktu; “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya
untuk Allah”.
2. Muraqabatullah – merasakan pengawasan Allah. (Q. S. 26: 218-219)
Merasakan Allah
sentiasa bersama, melihat dan mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya
dalam sembunyi maupun terang-terangan.Oleh itu, setiap kali seorang
mukmin ingin melakukan apa jua perkara mestilah dipastikan samaada
perlakuan itu semata-mata kerana Allah, atau sebaliknya kerana
kepentingan pribadi dan memperoleh pujian manusia.
3. Muhasabah – koreksi diri. (Q. S. 59:18)
Setiap mukmin hendaklah
menghisab/menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal
perbuatan, samada perlakuannya semata-mata untuk beroleh redha Allah
atau dikuasai rasa riya’dan takabbur.
4. Mu’aqabah – menebus dan membersihkan kesalahan. (Q. S. 2:197)
Setiap kali diri mukmin
tergelincir melakukan kesalahan, bersegeralah pula memperbaiki diri dan
menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan demi kesalahan
hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkannya membersihkan maruah
diri.
5. Mujahadah – bersungguh-sungguh berjihad untuk beroleh keredhaan Allah, terutama melawan hawa nafsu sendiri. (Q. S. 29:69)
Bilamana seseorang
mukmin dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi
melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya,
mestilah memaksa diri melakukan segala bentuk amalan lebih banyak dari
sebelumnya.
No comments:
Post a Comment