Berhutang
itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai
sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain
dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu,
namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun
akan merugikannya” (
Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga Baginda
saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari
dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta
perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika
seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Bagaimanakah
bebanan hutang boleh kita atasi ?
1.
Rancang kewangan peribadi dan
keluarga dengan sebaik mungkin.
2.
Elak berbelanja dengan
perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
3.
Hindari berhutang melainkan
sekiranya terpaksa.
4.
Buat perancangan pembayaran
sekiranya terpaksa berhutang.
5.
Libatkan saksi dalam proses
peminjaman.
6.
Pelajari dan berusaha dengan
kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
7.
Hidup bersederhana dan jangan
ikut masyarakat sekeliling.
8.
Lazimkan berdoa agar dijauhi
bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah
kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung
denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia.”
No comments:
Post a Comment