Tips 1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada
kemarahannya.
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak
akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.
Berdiam diri satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air.
Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan
dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu.
Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika.
Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika.
Jika Anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok,
sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak
akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.
Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas
segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri
sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau
menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.
Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang
terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.
Kesannya Anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila Anda
sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup Anda
semuanya kerana Anda tertekan. Jauhkan diri supaya Anda dapat menjaga aura
positif pada diri Anda.
Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri.
Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri.
Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila
marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang
cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya.
Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan.
Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang
diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu
sebab kenapa matador di Sepanyol tu suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan
sebab dia nak buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.
Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang
naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan.
Dia akan bertindak sesuka hati.
Tindakannya pula melulu. Oleh sebab tindakannya melulu maka apa
yang dilakukan olehnya nampak lucu, menarik dan menghiburkan.
Contoh? Tengok sukan gusti.
Ramai penggusti suka mengapi-apikan perasaan marah mereka di
antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka saling cabar mencabar.
Pastu cabaran tu cepat disahut lalu masing-masing berjumpa di gelanggang gusti
untuk beradu tenaga sampai puas hati.
Yang untung siapa? Penonton dan pemilik hak siaran sukan gusti.
Penonton dapat sumber hiburan, pemilik hak siaran dapat duit masyuk berterusan.
Jika ada sesiapa di sekeliling Anda sedang naik marah, beri dia
masa untuk sejuk sendiri. Biarkan dia sendirian selama mana dia masih marah,
mungkin 2 minit atau mungkin 2 jam, mungkin sampai 2 hari. Biarkan dia
tenggelam dengan kemarahannya. Makin dipujuk, makin menjadi(puncanya ego –
sebab dia nak makin ramai orang pujuk dia).
Bila emosinya sudah kembali normal, logik akalnya sudah kembali
dalam kawalannya, dia akan datang sendiri kepada Anda untuk meluah perasaan
atau meminta maaf, kecuali dia orang yang sombong. Tapi jika dia benar-benar
mau berkawan dengan Anda, dia sendiri akan datang menemui Anda.
Anda ada pengalaman berdepan dengan orang panas baran? Kongsikan
kisahnya. Mungkin ada motivasi tersirat yang boleh kita gali.
tips yg berguna...org baran ni kalau diapi2kan lg la dia mengamuk..
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeleteKalau nak berdepan ketakutan dlm diri kita camner erk?
ReplyDelete