Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433/2012

Selamat Hari raya to all blogger fren....
semoga raya tahun ni membawa sinar kebahagian pada kita semua....

Tahun ini turn rumah my mumm....
Excited la sikit, tp kesian juga MIL xde menantu tlg didapur
cz biras aku juga beraya dirumah mak dia di Taiping, 
adik beradik hubby semua lelaki 4 beradik hubby yg sulung,
mujur la umah aku n MIL dekat jer so sebelum raya aku p tlg2 kat umah dia
n malam raya tlg mak aku plak....

Arissa sgt teruja untuk beraya 
ye la tahun ni baru dia tau apa itu raya
dah besar da anak ibu....

Tahun ini juga aku plan nak ziarah kawan-kawan sekolah dulu
cuti lama sikit thn ni so ada la masa nak p jalan2 pusing kg cari kawan2...
harap2 semuanya berjalan lancar...

Aku aku balik kg ptg ni hmmm tak sabarnya....
seperti biasa sebelum balik beraya aku akan kemas rumah 
supaya balik nnt tak letih sgt bole terus berehat  kan...
cam raya tahun lepas on the way balik dr kg tetiba kwn hubby call kata nak dtg umah
dah la umah macam tongkang punya la kelam kelibut ngemas
sampai pintu bilik terkunci satu keja plak nk ngesahkan pintu
so thn ni make sure rumah ready...

kuih raya plak thn ni buat kat umah mak 2,3 jenis ja insyaallah jumaat ni nak sambung buat lagi
aritu dah buat Almond London n Cornflakes Cookies
nnt nak buat cornflakes madu n almond cluster
 
baju raya plak lebih pada arissa la, ibu ada 2 pasang je baju raya
handbag, kasut semua tak beli pun pakai je apa yg ada
anak lebih2 kan ibu SEDERHANA ja hehehe....

Anyway Selamat Hari Raya Semua.....
Jemput-jemput la datang rumah my mak
or rumah my MIL.....
Rumah aku after seminggu raya ok?....

Wednesday, August 8, 2012

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1.  Kepada Orang Tua Lemah
  •     Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,  ini sudah dikira beramal Al Qadar
2.  Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
  • Baca ayat akhir surah Al Baqarah
  • Baca ayat Kursi
  • Baca surah Yaasin
  • Baca surah Al Zalazah
  • Baca surah Al Qafirun
  • Baca surah Al Ikhlas
3.  Bagi orang yamg kuat dan cergas
  • Bangunkan isteri dan anak
  • Mandi
  • Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

Monday, August 6, 2012

Kenali Sifat-Sifat Lelaki

Memahami bahawa lelaki itu…

Wanita yang ingin mendalami hati budi seorang insan bernama lelaki, haruslah mengetahui beberapa ciri-ciri yang terdapat pada lelaki selain daripada segi fizikal. Di sini saya bukan untuk mendedahkan keaiban insan lelaki di luar sana, tetapi ini adalah sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenal hati-budi, malah ini boleh dianggap sebagai tips untuk perempuan di luar sana menambat hati lelaki. Lelaki di sini bukan bermaksud ‘couple’ ya. Ianya  bermaksud umum mengikut tafsiran masing-masing.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

Cara Kekalkan Kabahagiaan Rumahtangga Bagi Isteri

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembiradan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila diapulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suamiakan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kemaluan suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyakmeminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yangmelibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bilaberjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak andal ebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidurbersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalamkehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauhhati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9.  Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut bersama. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Langkah Membina Taqwa

Bagi memastikan TAQWA berjaya terbina di dalam diri setiap mukmin, perlulah diwujudkan beberapa keadaan berikut:

1. Mu’ahadah – mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9)
Seseorang mukmin perlu selalu berkhalwat (menyendiri/hanya antara dia dan Allah), untuk menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Ingatlah setiap hari paling minima kita berjanji sebanyak 17 kali dalam solat-solat fardhu sebanyak lima waktu; “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah”.

2. Muraqabatullah – merasakan pengawasan Allah. (Q. S. 26: 218-219)
Merasakan Allah sentiasa bersama, melihat dan mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya dalam sembunyi maupun terang-terangan.Oleh itu, setiap kali seorang mukmin ingin melakukan apa jua perkara mestilah dipastikan samaada perlakuan itu semata-mata kerana Allah, atau sebaliknya kerana kepentingan pribadi dan memperoleh pujian manusia.

3. Muhasabah – koreksi diri. (Q. S. 59:18)
Setiap mukmin hendaklah menghisab/menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal perbuatan, samada perlakuannya semata-mata untuk beroleh redha Allah atau dikuasai rasa riya’dan takabbur.

4. Mu’aqabah – menebus dan membersihkan kesalahan. (Q. S. 2:197)
Setiap kali diri mukmin tergelincir melakukan kesalahan, bersegeralah pula memperbaiki diri dan menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan demi kesalahan hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkannya membersihkan maruah diri.

5. Mujahadah – bersungguh-sungguh berjihad untuk beroleh keredhaan Allah, terutama melawan hawa nafsu sendiri. (Q. S. 29:69)
Bilamana seseorang mukmin dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya, mestilah memaksa diri melakukan segala bentuk amalan lebih banyak dari sebelumnya.

10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

 Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?

Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Wednesday, August 1, 2012

3 tips bagaimana untuk berdepan dengan orang panas baran

Tips 1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya.
 
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.
 
Berdiam diri satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu.

Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika.
 
Jika Anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.
Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.
Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.
Kesannya Anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila Anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup Anda semuanya kerana Anda tertekan. Jauhkan diri supaya Anda dapat menjaga aura positif pada diri Anda.

Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri.
 
Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan.
Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol tu suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia nak buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.
 
Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.
 
 
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati.
 
Tindakannya pula melulu. Oleh sebab tindakannya melulu maka apa yang dilakukan olehnya nampak lucu, menarik dan menghiburkan.
 
Contoh? Tengok sukan gusti.
 
Ramai penggusti suka mengapi-apikan perasaan marah mereka di antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka saling cabar mencabar. Pastu cabaran tu cepat disahut lalu masing-masing berjumpa di gelanggang gusti untuk beradu tenaga sampai puas hati.
 
Yang untung siapa? Penonton dan pemilik hak siaran sukan gusti. Penonton dapat sumber hiburan, pemilik hak siaran dapat duit masyuk berterusan.
 
Jika ada sesiapa di sekeliling Anda sedang naik marah, beri dia masa untuk sejuk sendiri. Biarkan dia sendirian selama mana dia masih marah, mungkin 2 minit atau mungkin 2 jam, mungkin sampai 2 hari. Biarkan dia tenggelam dengan kemarahannya. Makin dipujuk, makin menjadi(puncanya ego – sebab dia nak makin ramai orang pujuk dia).
 
 
Bila emosinya sudah kembali normal, logik akalnya sudah kembali dalam kawalannya, dia akan datang sendiri kepada Anda untuk meluah perasaan atau meminta maaf, kecuali dia orang yang sombong. Tapi jika dia benar-benar mau berkawan dengan Anda, dia sendiri akan datang menemui Anda.
 
Anda ada pengalaman berdepan dengan orang panas baran? Kongsikan kisahnya. Mungkin ada motivasi tersirat yang boleh kita gali.
 
Orang panas baran ni agak sensitif, mereka ada di mana-mana. Mungkin juga dia adik-beradik kita sendiri.

HIDUP TENANG TANPA BEBANAN HUTANG

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.
 
 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
 
 
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)
 
Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?
 
1.     Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin.
2.    Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
3.    Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
4.    Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
5.    Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
6.    Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
7.    Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
8.    Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.
 
 
 “Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia.”
 
Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.