Thursday, May 15, 2014

WARNA TEMA BAJU RAYA 2014

 

 sekarang da Rejab lepas tu Syaaban, korang da ganti puasa?
aku tahun lepas puasa full so xda yang nak kena ganti tapi aku buat je puasa sunat
cuma kebelakanngan ni agak liat aduhaiiiiii....
pe pun for Syaaban aku berhajat nak buat puasa selama 15 hari harap2 berjaya la mission aku ni
So apa tema baju raya korang tahun ni?
Aku sama cam tahun lepas incik hubby xnak buat baju melayu dah 
dia nak pakai hat tahun lepas punya jer tapi akku tetap nak buat baju baru ye la baru best raya pakai baju baru kan lagi pun AQ baju rayanya dah senteng x comey da...
untuk merealisasikan kehendak aku, aku pun beli kain yang sama warna dengan tema tahun lepas tu dan hantar terus ke tailor, psssssst..... tahun ni aku berjubah AQ pun aku buatkan jubah 
now aku dalam proses penghijrahan diri ke arah muslimah yang baik
sebelum ni baik juga cuma tak sempurna.... nanti aku story tentang penghijrahan aku ni yer (macam ada nak baca jer huhuhuhu) ni nak picca raya tahun lepas nanti terjawab la warna tema weol hehehehe....
lagi pun kisah raya tahun lepas nonhado dalam blog ni rasanya akibat penyakit 'M'

 tadaaaaa...... ni la temanya GREY.......


ok bai.....

Wednesday, May 14, 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway


Jom pakat-pakat join Mrs Erry 2nd Giveaway

ara-cara untuk join mudah jer.. :-
1. Follow blog , Mrs Erry Bercerita dan add google+followers di blog.
2. Buat satu entri bertajuk "Mrs Erry 2nd Giveaway" dan tepek banner di atas.
3. Ikut syarat-syarat para sponsor yg lain seperti berikut :-

  • follow blog Fiza Rahman
  • follow blog Cik Puan dan jika sudi follow IG Cik Puan
  • follow blog Jiakreatifelt dan like page Jiakreatifelt
  • add fb kak Dieyna
  • follow blog Jaakechik
  • follow blog dedeq dan add fb Dedeq
  • like page Jaa Fariza
  • follow blog Nur dan add google+follower di blog
  • like page Amiryana's

  • *sila berlaku jujur kerana peserta akan disemak satu persatu*

    4. Dah siap entri, hantar link entri korang ke http://norumara.blogspot.com/

    hadiah-hadiah yg bakal dimenangi melalui cabutan :-

    telekung lycra untuk 1 pemenang (mengikut warna pilihan pemenang)
    - sponsor by Fiza Rahman

    set shawl + sepasang brooch untuk 1 pemenang
    - sponsor by Cik Puan

    produk kesihatan zinc untuk 1 pemenang
    - sponsor by kak Dieyna

    wang tunai RM20 untuk 1 pemenang
    - sponsor by Jaakechik

    sehelai baju untuk 1 pemenang
    -sponsor by daku sendiri

    tudung bawal untuk 2 pemenang
    - sponsor by Dedeq

    sepaket tamar cocoa untuk 1 pemenang (ada 20 sachet)
    - sponsor by Jaa Fariza

    sebentuk brooch untuk 1 pemenang
    - sponsor by daku sendiri

    topup 10 untuk 2 pemenang (mana-mana rangkaian)
    - sponsor by Nur & Jiakreatifelt
    hand phone sticker untuk 3 pemenang
    - sponsor by daku sendiri

    sabun beras untuk 1 pemenang
    - sponsor by Yana

     fridge magnet untuk 1 pemenang
    - sponsor by Cik Puan

    topup 5 untuk 5 pemenang (mana-mana rangkaian)
    - sponsor by Jiakreatifelt (4x topup) & Yana (1x topup)



    hadiah istimewa untuk top referral :-

    edit full blog bernilai RM50 untuk 1 pemenang
    - sponsor by Jiakreatifelt
     
     
     

    WISH: HAPPY BIRTHDAY ARISSA QAISARA

     




     Happy birthday Arissa Qaisara semoga jadi anak yang solehah buat ibu n ayah.... 4 tahun dulu pada tarikh ini kamu dilahirkan jam 12.50 tengahari dengan berat 3.32kg kehadiran kamu menceriakan hari-hari ibu dan ayah serta seluruh keluarga kerana kamu adalah PERTAMA, anak pertama, cucu pertama, anak saudara pertama dan cicik pertama semoga kamu sentiasa menjadi yang PERTAMA. In Shaa Allah.



    P/S: In Shaa Allah petang nnt kita celebrate bertiga yer... Grand Celebration 24 May ni di kampung bersempena dengan kenduri opah nak p umrah kat skool tak tau lagu nak buat bila.... tahun lepas 3years old celebrate 3 kali adakah tahun ini 4 kali? 

    Sunday, May 11, 2014

    WISH: SELAMAT HARI IBU







    Selamat Hari Ibu Semua dan teristimewa buat emak Zubaidah bt Mat Nali n mertua Surayah bt Bawok dan diri ku sendiri yang bergelar ibu

    Kad Ucapan Hari Ibu 2014 

    TRAVELOG: MEDAN DAY 2



     


    Medan Day 2
     26 Januari 2014 (Ahad)

    Seawal 5.00pagi aku dah terjaga. 
    5.00 pagi disana sama dengan 6.00 pagi di Malaysia
    nak buat camana dah terbiasa bangun awal so golek2 ja atas katil 
    sementara nak tunggu pukul 6.00pagi untuk solat Subuh
    buka je tv tapi tah apa2 rancangan tv depa nih..
    selepas bersiap-siap tepat pukul 7.00 pagi waktu Indonesia
    aku, incik hubby and AQ turun ke cafe untuk breakfast
    aku bawa beg siap2 coz after breakfast weol akan terus ke Parapat 

     our breakfast pagi tu... kat sini pun pagi-pagi makan nasi...


     AQ dan ibu


     possing sementara menunggu yang lain-lain habis makan

     KAMI


    sebelum naik van... picca ni AQ yang snap hihihihi....


     dalam van on the way ke Parapat...


     singgah kat 1 kedai ni lupa dah nama per untuk beli makanan ringan macam kerepek2 n keropok2... aku tak turun pun masa ni....


     lps tu singgah minum air kelapa kat tepi jalan... kat area ni sepanjang jalan orang jual air kelapa


     singgah makan kat sini x ingat nama kedainya tapi makanannya semua sedap2 n mmg kena ngan tekak aku


     air feveret sepanjang kat Medan...


     antara makanan yang kami order....
    lepas makan teruskan perjalanan ke Parapat mmg gila jauh setengah ari dok dalam van
    sampai-sampai terus check in kat Danau Toba International Cottage... Sangat best coz bilik mengadap tasik... sejuk n nyaman je.... lps check in n letak barang dalam bilik terus keluar untuk naik feri ke Danau Toba agak lewat tapi kesuntukan masa so teruskan juga...


     di depan bilik sementara tunggu yang lain-lain...


     berjalan beramai-ramai ke jetty....

     atas feri, kami share amik satu feri costnya da lupa la adoi lama sangat pun baru nak update banyak yang lupa....


     Masa on d way tu hujan turun airnya bergelora mmg sangat scary xtau nak kata apa dah tawakal ja la, sampai ja kat Danau Toba hujan lebat apa pun tak bole weol buat kputusan shopping ja kat area2 tu mmg x dapat nak p perkampungan orang batak kat situ....
     
     
    kat kedai yang ada.. aku tak beli apa pun macam xde yang berkenan kawan2 yg lain ja memborong kat sini... hujan pun berhenti kami pun balik masa tu dah pukul 7 dah pun.... sampai2 hotel terus berehat-rehat dalam pukul 8.30pm keluar semula untuk makan, dorang semua nak makan nasi padang lagi... aku mmg dah x bole nak masuk da makan sikit ja tambah2 plak kepenatan... after makan dorang ajak lepak kat Lounge katanya ada live band... pegi2 tak syok pun aku n incik hubby n AQ masuk bilik dulu untuk zzzzzzzzzzzzz.......

    Sambung Day 3

    Friday, May 9, 2014

    TAZKIRAH: KETUA KELUARGA (SUAMI/AYAH) SEBAGAI PENASIHAT


    Sebagai ketua keluarga, anda juga akan menjadi penasihat kepada ahli keluarga anda. Sebelum menasihati, pastikan anda melakukannya terlebih dahulu. Anda juga perlu bijak menanggung risiko atau manfaat hasil daripada nasihat yang anda berikan kerana ahli keluarga anda. Jadi, apa-apa kesan yang akan berlaku kepada mereka akan turut anda rasakan.

    Untuk menasihati, anda mestilah tahu waktu yang sesuai untuk menasihati. Waktu itu termasuklah:

    - Masa berehat bersama dengan anak-anak
    - Masa bersukan dan bersiar-siar dengan mereka
    - Dalam kereta ketika dalam perjalanan ke mana-mana
    - Sebelum anak masuk tidur (hampir-hampir lena)
    - Selepas mandi
    - Selepas solat atau membaca al-Quran

    Kaedah berikut pula boleh dijadikan panduan untuk menasihati:

    Pesanan – Sebagai contohnya, anda ingin meninggalkan anak anda pada ibu anda di rumah kerana terpaksa berkursus yang tidak dapat membawa anak-anak dan mengambil masa yang agak lama. Anda bimbang jika anak-anak anda akan menyusahkan ibu anda. Justeru, sebagai bapa, cuba kumpulkan anak anda dan berpesan kepada mereka. Pernah satu keluarga, ketika mereka hendak meninggalkan anak mereka dengan ibu bapa, mereka menyuruh anak yang paling besar mengambil kertas dan menulis pesanan mereka. Saya sertakan contoh di sini supaya anda dapat
    mengaplikasikan dalam kehidupan anda sendiri mengikut pesanan yang sesuai:
    1. Bangun pagi, kemaskan tilam tempat tidur
    2. Tidak dibenarkan main anak ayam
    3. Semua orang mesti solat setiap waktu solat…berjemaah dengan Tok
    4. Jangan bergaduh dan menjerit-jerit
    5. Semua orang mesti dengar cakap Tok
    6. Abah benarkan Tok rotan sesiapa yang melanggar cakap Tok
    7. Lepas solat Subuh dan Maghrib mesti mengaji

    Beginilah pesanan yang ditinggalkan untuk anak-anak ketika bapa ini mahu meninggalkan mereka. Tandatangan bapa disertakan bersama sebagai tanda pesanan ini memang daripada bapa. Sepanjang anak mereka ditinggalkan, jika berlaku sesiapa yang melanggar peraturan, maka mereka akan saling ingat mengingatkan. Nenek mereka yang mengetahui pesanan ayah mereka juga sering mengingatkan pesanan ayah mereka.

    Pesanan itu ditampal pada dinding rumah nenek mereka untuk dijadikan panduan ketika diperlukan. Memang kanak-kanak mempunyai sifat yang pelupa dan perlu diingatkan berkali-kali. Jadi, pesanan yang tertulis begini mungkin kaedah yang sesuai untuk dipraktikkan. Pesanan secara lisan juga mesti dilakukan berulang kali sehingga mereka menjadikan pesanan itu sebagai kebiasaan.

    Adakala perkara yang telah diamalkan oleh mereka juga mungkin akan diabaikan. Sebagai contohnya, anda telah mengajar anak anda untuk meletakkan botol susunya ke dalam singki. Namun, suatu hari dia tidak ingat. Yang perlu dilakukan adalah dengan berpesan semula. Jangan putus asa untuk melakukan hal ini kerana tekak anda tidak akan sesekali pecah dengan berpesan dua tiga patah perkataan.

    Arahan – Nasihat dalam bentuk arahan mungkin berbunyi lebih tegas dan kebiasaannya perkara itu akan dilakukan segera oleh anak-anak. Dalam keadaan yang sesuai, anda bolehlah menggunakan kaedah ini. Tetapi kurangkan nasihat dalam bentuk ini kerana ada masanya anak tidak dapat menerima apabila diarah-arah dengan kerap. Gunakan kaedah lain untuk menasihati.

    Bercerita – Seorang ayah perlulah mengambil kesempatan untuk bercerita dengan anak-anaknya sekalipun pada ke-biasaannya ibu yang mengambil tugas ini. Sekalipun pendek, anda mungkin akan membantu anak-anak itu memahami sesuatu melalui kaedah ini. Jika kebuntuan idea, mungkin anda perlu membanyakkan bahan bacaan terutamanya kisah-kisah para nabi atau pahlawan terkenal zaman dahulu. Kurangkan menceritakan cerita dongeng kerana kisah dongeng hanya akan menyebabkan konflik dalam diri lantaran banyak perkara yang tidak logik dalam kisah dongeng itu sendiri.

    Soal jawab – Soal jawab ialah kaedah dua hala dalam me-nasihati anak-anak. Sama ada soalan itu kita ajukan atau soalan itu diajukan oleh anak-anak. Secara umum, kanak-kanaklah yang banyak bertanya kepada kita. Perkara ini menunjukkan anak-anak anda sedang membina sesuatu dalam minda mereka.

    Jadi, yang perlu anda lakukan adalah dengan menjawab soalan mereka dengan baik dan bersabar. Kepenatan kadangkala menjadikan anda bosan melayan soalan-soalan yang sama. Namun, yang perlu anda ingat adalah jika anda mahu anak anda menjadi seorang anak yang berilmu, maka jawablah soalan mereka. Tidak mudah untuk membina anak yang berilmu begini kerana perkara ini perlu bermula dari mula berkembangnya minda mereka.

    Selain disoal, menasihati juga boleh dilakukan dengan menyoal. Bagi menyampaikan mereka kepada sesuatu nasihat, anda bolehlah menyoal mereka dengan soalan yang membawa kepada motif anda. Sebagai contoh, anak anda mengeluarkan basikal yang anda simpan di dalam stor semasa sepupu mereka bercuti di rumah anda.

    Tiba-tiba ada yang berebutkan basikal itu sehingga ada yang menangis. Anda boleh datang dan bertanya kepada anak anda yang mengeluarkan basikal itu, “Sekarang abang tahu tak, kenapa basikal ni abah simpan dalam stor?” Jika anak tidak memahami maksud anda, nyatakanlah, “Abah tak mau adik-adik berebut basikal ni dengan orang lain. Kan tak baik kalau ada yang menangis?”

    Merujuk kisah lama – Kisah lama ini terdiri daripada kisah yang pahit atau manis. Sekiranya kisah itu kisah yang pahit, maka jadikanlah satu sempadan tetapi kisah yang membawa kepada memori yang manis pula dijadikan contoh. Sebagai contoh, jika anak-anak bergaduh di dalam kereta, maka anda bolehlah bercerita bahawa kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan.

    Memandu memerlukan konsentrasi tetapi sekiranya anak-anak asyik bergaduh, keadaan yang tidak diingini mungkin akan berlaku. Sekiranya anda masih menyimpan gambar kemalangan itu, bolehlah anda tunjukkan kepada mereka supaya mereka berhenti bergaduh kerana takut terjadinya kemalangan.

    Kisah manis yang boleh dicontohi pula ialah kisah kejayaan ahli keluarga yang lain. Sekiranya ada anak buah anda yang telah masuk ke universiti, minta dia menceritakan kepada anak-anak perasaan berada di universiti. Anda boleh menyoal anak buah anda itu tentang kaedah yang digunakannya untuk belajar supaya anak-anak anda yang mendengar boleh mengambil iktibar daripada cerita tersebut.

    Latihan – Anak-anak memerlukan aktiviti yang berulang-ulang dan berterusan sebelum dia dapat menguasai sesuatu. Jadi, latihan adalah penting dalam mendidik anak. Bimbing dia dalam apa-apa yang tidak diketahuinya dan betulkan kesalahan yang dilakukannya. Perkara ini akan menyebabkan dia mahir dalam sesuatu hal.

    Bermain – Antara masa menasihati yang paling sesuai adalah ketika bermain. Seperti yang kita ketahui, masa bermain ialah masa yang menggembirakan. Jadi, ketika bermain, kita bolehlah menasihati perkara yang ringan. Sebagai contoh, anda melarang anak anda untuk bermain dengan budak nakal.

    Apabila melihat dia begitu gembira bermain dengan anda, nyatakan kepadanya, “Kalau Angah main kat rumah dengan ibu, abah dan adik-adik kan lebih best. Takde abah nak marah-marah Angah.” Mereka akan memahami betapa anda prihatin terhadap mereka dan sering mahu berada bersama dengan mereka. Sekiranya perlu, ajak kawan-kawan anak anda untuk bermain bersama.

    Bergurau – Nasihat yang mengandungi unsur humor juga mudah untuk diterima oleh anak-anak. Sekiranya mungkin, kaedah ini ialah kaedah yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kebanyakan masa apatah lagi bergurau menggembirakan hati mereka.

    Teguran – Sekiranya anak telah melakukan kesalahan, menjadi tanggungjawab anda untuk menegur anak itu supaya dia tidak tersasar lagi. Seterusnya, beri dia peluang untuk berubah supaya teguran yang anda berikan boleh diterima olehnya dengan lebih terbuka. Ada masanya jika kita melakukan kesalahan dan ditegur oleh anak, maka ucapkanlah terima kasih atas tegurannya supaya dia lebih menghargai teguran kita pada masa akan datang.

    Thursday, May 8, 2014

    TRAVELOG: MEDAN DAY 1

     


    Medan Day 1
    25 Januari 2014 (Sabtu)

    Naik Flight dari LCCT 7.20AM
    kenapa dari LCCT? sbb offer hanya naik dari sini
    weols 1st time naik flight teruja la sikit....


    Alhamdulillah selamat sampai sekejap je pun... hihihihi....
    sampai2 lepas check in imegresen kat sini terus weol cari pak supir....
    sedia mengunggu pak supirnya. pak usop namanya... terus minta dia bawa ke tempat makan...






    kat restoran ni best mesra kanak-kanak harga pun best huhuhuhu..... kalau tak salah owner dia orang Malaysia...



    lepas makan terus ke hotel untuk check in n rehat2.... hotel yang weol stay Hotel Darussalam Syariah hotel biasa2 jer jadi la untuk rehat and tdo selebihnya nak keluar berjalan kan...




    boleh la kan hotelnya yang pentinng bersih....

    petangnya kitaorang shopping ke Pasar Ikan... konon2 shopping awal2 senang sekalinya sepanjang 4 hari di sana ke Pasar Ikan je kejanya ada je yang nak beli... biasa la da pergi ramai2 kan mcm2 ragam la....

    malamnya kitaorang makan nasi padang lagi...



    Oleh kerana tak tau nak buat apa En maamor ajak p tgok penyanyi jalanan di satu lorong...
    lorong pe tatau tapi mmg meriah kat situ cuma yang aku tak suka kotor.... haish.....



    masa ni AQ da lena da kepenatan.... after depa habis nyanyi weol pun balik hotel utk berehat esoknya akan melalui perjalanan yang jauh nak ke Parapat pula.... sambung di part 2....