Tuesday, July 16, 2013
TIPS/ RAMALAN: RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
NOTA KAKI: Saya huruf E, x kena langsung la. Encik hubby Z pun sama x kena juga huhuhu... just fun je kan... teringat masa zaman sekolah dulu beli majalah REMAJA semata2 nak tengok ramalan Zodiak hahaha....
Monday, July 15, 2013
LIRIK LAGU OST RAMADHAN YANG HILANG
Lagu : Seperti Dia
Artis : AMYLEA
Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua
DRAMA RAMADHAN YANG HILANG
Radius One Production menerbitkan
sebuah drama menarik sempena bulan Ramadhan ini yang berjudul ‘Ramadhan
Yang Hilang’ di mana sudah mula ditayangkan sejak 26 Jun pada setiap
hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam hingga 11 malam menerusi slot
Samarinda TV3.
dibintangi oleh
Eira Syazira, Syatilla Melvin,
Zamarul Hisham, Zila Bakarin,
Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin,
Arja Lee dan Sherrie Merlis.
Sipnopsis:
Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila
Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima
lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.
Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya
merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan
kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam
pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan
seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang
yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup
Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir
sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan
menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak
seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur
dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara
Delisha dan Zafirah.
Nota Kaki: best jugak citer dia lagu tema dia pun best... layannn....
Thursday, July 11, 2013
RAMADHAN HARI PERTAMA
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(Entry ini tanpa gambar harap maklum)
Hari ni nak story hari pertama Ramadhan kami
Pukul 4.30 pg bangun terus p dapur
ketung ketang masak
incik hubby request nak makan bihun goreng
incik hubby i ni senang jer sahur dia sama dgn breakfast
jadi senang la kerjaannya
Siap masak terus hidang lam pinggang satu sorang,
incik hubby pulak buat air
makan makan la bihun kami lakibini
dah siap sahur p mandi2
azan pun bunyi terus sembahyang,
pas sembahyang i yang rajin ni lipat kain pulak
bole pulak lepas tu mengantuk nasib baru kul 6.30
dan la lagi nk tidur sat
kunci jam kul 7.00 plak
kang terlajak haru tak bangun incik hubby pun sama tidur balik
pukul 7.00 bangun laju2 gerak kan budak kecik tu
mandikan dia pastu siap2kan pakai baju segala
i pun siap2 jugak la kan nk keja la juga
semua dah ready terus kuar rumah,
singgah anta AQ kat Taska n sampai ofis.
kat ofis plak macam2 kerenah public mmg menguji betul
tp masih ditahap boleh dikawal Alhamdulillah...
Kitaorg bulan puasa balik awal kul 4.30
tepat kul 4.30 terus tumb print ambik AQ kat taska
terus balik rumah...
Awal2 incik hubby da kata nk p PARAM
pas sembahyang asar terus p PARAM kat Jawi
ramai gak orang sampai lemas je aku rasa...
beli sikit ja asal ada sudah, terus balik rumah.
Menu berbuka puasa kami semalam adalah
IBU- Cucur udang + nescafe suam
AYAH- Nasi Kerabu + air apa tah lupa dah
AQ(puasa ke pun hahaha)- nasi ayam
Pukul 4.30 pg bangun terus p dapur
ketung ketang masak
incik hubby request nak makan bihun goreng
incik hubby i ni senang jer sahur dia sama dgn breakfast
jadi senang la kerjaannya
Siap masak terus hidang lam pinggang satu sorang,
incik hubby pulak buat air
makan makan la bihun kami lakibini
dah siap sahur p mandi2
azan pun bunyi terus sembahyang,
pas sembahyang i yang rajin ni lipat kain pulak
bole pulak lepas tu mengantuk nasib baru kul 6.30
dan la lagi nk tidur sat
kunci jam kul 7.00 plak
kang terlajak haru tak bangun incik hubby pun sama tidur balik
pukul 7.00 bangun laju2 gerak kan budak kecik tu
mandikan dia pastu siap2kan pakai baju segala
i pun siap2 jugak la kan nk keja la juga
semua dah ready terus kuar rumah,
singgah anta AQ kat Taska n sampai ofis.
kat ofis plak macam2 kerenah public mmg menguji betul
tp masih ditahap boleh dikawal Alhamdulillah...
Kitaorg bulan puasa balik awal kul 4.30
tepat kul 4.30 terus tumb print ambik AQ kat taska
terus balik rumah...
Awal2 incik hubby da kata nk p PARAM
pas sembahyang asar terus p PARAM kat Jawi
ramai gak orang sampai lemas je aku rasa...
beli sikit ja asal ada sudah, terus balik rumah.
Menu berbuka puasa kami semalam adalah
IBU- Cucur udang + nescafe suam
AYAH- Nasi Kerabu + air apa tah lupa dah
AQ(puasa ke pun hahaha)- nasi ayam
Tuesday, July 9, 2013
PHOTOBOOK PROMOSI
Wah PIXAJOY ada buat promosi
sempena Ramadhan la
Haruslah grab kan...
Tanpa pk panjang i telah grab 2 sekali
utk gambar2 raya nanti...
Promosi ni dari 8/7/2013 - 18/7/2013
Voucher ni expired January 2014
Jom kawan-kawan try
i sebelum ni dah buat da PB ngan PIXAJOY ni
dah 2 kali cuma tak wat entry ja huhuhu
mmg best kualiti dia mmg superb
kawan2 ofis yang da tengok pun kata bagus
So apa lagi try la
tapi kna daftar dulu tau
klik untuk register ----> PIXAJOY
Friday, July 5, 2013
TAZKIRAH: RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Thursday, July 4, 2013
TRAGIS DI HARI JADI
Hahaha tajuk x beragak...
tapi mmg betul sangat tragis
malam di hari jadiku tak dapat tidur lena
bukan sebab excited nk berhari jadi
tapi gigi ku telah buat spoil
bole plak dia sakit time2 ni
nasib...nasib...
pukul 3.30 pg bangun cari altenatif
tp semua tak jalan
penyudahnya aku buat keputusan tuk cabutkan dia
nyah kau tak payah2 sakit2 lagi...
klinik buka pukul 9.30pg
aku kul 9.45 da terpacak kat klinik tu
kiranya aku customer pertama la
huhuhuhu...
mmg seram dan menakutkan
tp mengenangkan tak bole nk tahan ngan kesakitan itu
aku kuatkan diri...
sekejap ja pun tak dan pejam mata
doktor tu kata ok sudah...
fuhhh lega... amik ubat n mc
itulah kejadian tragis di hari jadiku
Wednesday, July 3, 2013
Tuesday, July 2, 2013
INFO: 10 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DI BELI DENGAN DUIT
DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.
1. MasaDuit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. CintaCinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. PersahabatanUntuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. BakatKita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Monday, July 1, 2013
SYUKUR
Alhamdulillah Julai menjelma
disirami dengan hujan awal-awal pagi tadi
Alhamdulillah moga semuanya baik-baik sahaja.
Ramadhan jua bakal menjelma tak lama lagi
x sabar nak menjalaninya semoga ibadah ku di terima
In Shaa Allah.
DRAMA : DEMI DIA
Ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
nampaknya drama Teduhan Kasih
dah nak habis minggu ni last kot
yang bakal menggantikan Slot Akasia ni adalah
'Demi Dia'
Heronya Zoey n Heroinnya plak Elfira Loy..
mcm best jerk...
xpe nnt kita tengok yer....
" Drama yang mengisahkan tentang Zack, seorang lelaki kaya tetapi tidak pandai berdikari dalam hidupnya. Tan Sri Puteh (bapa Zack) menentang Perkahwinan Zack dengan Azura, ini kerana Bapa Zack menganggap bahawa Zack tidak mampu untuk menjadi ketua dalam keluarga. Walaubagaimanapun Tan Sri Puteh akur dan terpaksa bersetuju, tetapi dengan satu syarat, Zack harus menghabiskan dahulu pelajarannya, dan Zack akur.
Atas arahan Tan Sri Puteh (bapa Zack), Wanda (kakak tiri Zack) diarahkan cuba untuk memisahkan Zack dan Azura secara perlahan-lahan. Wanda telah mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan zack dan Azura diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya"
Subscribe to:
Posts (Atom)