Radius One Production menerbitkan
sebuah drama menarik sempena bulan Ramadhan ini yang berjudul ‘Ramadhan
Yang Hilang’ di mana sudah mula ditayangkan sejak 26 Jun pada setiap
hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam hingga 11 malam menerusi slot
Samarinda TV3.
dibintangi oleh
Eira Syazira, Syatilla Melvin,
Zamarul Hisham, Zila Bakarin,
Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin,
Arja Lee dan Sherrie Merlis.
Sipnopsis:
Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila
Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima
lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.
Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya
merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan
kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam
pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan
seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang
yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup
Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir
sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan
menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak
seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur
dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara
Delisha dan Zafirah.
Nota Kaki: best jugak citer dia lagu tema dia pun best... layannn....
salam kenal dan salam lebaran sis.jom singgah ;)
ReplyDeletehttp://ceritasitelingabulat.blogspot.com/