Kerana tak sesabar nak tau endingnya aku pun terbeli novelnya
masih dalam pembacaan..
Sipnopsis:
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau
nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut
kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman
baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini.
Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini
dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh
kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan
di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita
hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup
abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup
abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah
keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana
lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh
nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku
sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah
bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu dengan Ehsan saja kami
menumpang teduh.
novel ni telah diadaptasi sila tonton ok mmg boleh layan.
NOTA KAKI: Rasa nak cepat2 kan citer dia jadi tak sabar2 yer la cam biasa novel ngan kuar kat tv mana samakan.
dah tak sabar sangat nak tahu ending punya pasal, ye kak! hehe.. :)
ReplyDelete