Monday, February 18, 2013

AQ - GO TO SCHOOL

Arissa dah sekolah tau...
Dia sekolah kat Taska Permata Kerian
hmmm teringat masa mula2 nak hantar dia
kat rumah bukan main excited lagi
sampai sekolah menagis tak tentu hala 
sampai ibu sekali menangis
cam tu la seterusnya
3 minggu juga Arissa nak sesuaikan diri
tetiap pagi ada jer akal dia taknak sekolah
buat2 tido la, batuk2 nk muntah la, sakit perut la
pandai berlakon dia nih
n now dia la paling x sabar2 nak sekolah
setiap hari ada jer benda yang dia nak citer pasal sekolah dia
kawan dia n aktiviti yang dia buat
sekarang Arissa dah boleh baca doa makan n tido
Arissa juga boleh baca ikrar tapi tonggang langgang la hehehe







ISNIN YANG TAK BERMAYA

Salam senin semua!!!!
Owh sangat tak bermaya bangun pagi tadi pun
rasa liat2 jer....
Mujur tak ramai public kat kaunter hari ni..
mulai hari ini juga aku kena bertabahkan diri n bersabarkan diri 
harap aku akan dapat bertahan....

ok nak citer pasal wiken kami sefamily...
hari sabtu taska arissa buat gotong royong jadinya
kitaorg bersiap2 la pagi itu untuk ke Taska
start pukul 8.30pg
aku sempat la kukus pau ready made n air nescafe o untuk buat alas perut
keluar dari rumah terus p Taska,
da ramai yg datang dah kitaorg terus serbu masuk
owh langkah kanan mereka tgh makan pe lagi
aku amik pinggan la amik nasik lemak, ikan bilis, telur rebus n kacang
bukan untuk aku tapi untuk si kecik tu dia x makan lagi
aku cuma makan kuih ja sambil sembang2 ngan ofismate aku dayah n kak iza
Arissa buat perangai merap kat aku
tah kenapa tah pada hal bukan tak biasa
budak2 layan kan jer la
lepas makan kitaorg pun bergerak ke kumpulan masing2
en. hubby aku sng sikit dia pandai bawa diri
sampa2 jer terus dapat geng terus buat kerja
aku cam ssh sikit la nak buat kerja cz Arissa dok ngekor aku jer
so aku buat apa yg termampu jer la
aku tlg basuh menan n kerusi, pastu masuk dalam cuci tingkap
dalam pukul 12 en hubby panggil balik
dia kata dah takde apa kot balik jer la
aku minta izin ketua aku merangkap cikgu Taska tu la
dia kata ok, aku pun balik
sebelum balik singgah kedai dulu tapau lauk
mmg xde nak masak la penat huhuhu
sampai rumah masak nasi, nasi pun masak kami anak beranak pun pulun makan la.
lepas makan masing2 Zzzzzzzzzzzzzzz.....
Petangnya kitaorg p pekan Parit Buntar singgah Econsave cz aku nak beli
rak untuk letak menan arissa yang terlalu banyak kat umah tu...
keluar dari econsave hujan plak so terus je la balik rumah....

Aktiviti Ahad pulak,
aku tinggal berdua dengan Arissa, en. Hubby p kerja
Arissa pun tak sihat pagi tu so aku biarkan dia main untuk bg kuar peluh
aku plak kemas 1 rumah yer la hujung minggu la dapat nak kisahkan rumah
hari kerja mmg payah la cz aku bila malam jer mesti nk tdo awal
penat macam berkebun, pada hal dok hadap komputer
tp sebenarnya mengadap komputer tu lagi penat mata kita penat tu yg rasa mengantuk ja....
siap je kemas rumah aku pun bawa arissa mandi sambil2 tu cuci bilik air sekali,
Oleh kerana en.hubby kerja jadi aku decide nak makan apa yg ada jer cz malas nak kuar
so aku pun prepare untuk masak nasi goreng sotong
tengah2 masak en.hubby balik so tengahari makan je la tu yer hehehe
petangnya kitaorg ke pasar malam taman pekaka.
itu sahaja cerita hujung minggu kami. Tak best pun..... huhuhu.....







Friday, February 15, 2013

TAZKIRAH - MUSIBAH ITU NIKMAT


Rumah banjir, kecurian, kemalangan, pergaduhan dan sebagainya. Mengapa semua ini semakin menjadi-jadi. Kalau musibah itu kena pada orang lain, dengan mudah kita akan katakan ia sebagai bala dari Tuhan. Kalau musibah itu kena pada kita sendiri, mulalah kita menyalahkan takdir.

Mengapa aku yang kena? Aku dah berusaha kenapa aku masih gagal? Aku dah banyak doa, solat. Kenapa aku yang dapat musibah? Soalan-soalan yang tidak munasabah mula terpacul di mulut, paling tidak pun berlegar-legar dalam fikiran, sebagai tanda tidak puas hati terhadap kesudahan yang menimpa dirinya. Seolah-olah dia berhak mempersoalkan keputusan Allah yang menentukan qadaí dan qadar. Seolah-olah dia layak menentukan kesudahan mana yang dia suka. Jangan nafikan, kerana itu sudah menjadi sifat manusia yang mudah lupa. Kita pasti pernah melalui perasaan-perasaan itu sekiranya kita manusia. Alhamdulillah sekiranya tidak pernah terlintas sedikit pun di hati kita perasaan itu, itu semua lindungan daripada Allah.

Tujuan Musibah

Marilah kita sama-sama kita melihat musibah ini dalam sudut yang lebih positif. Sememangnya musibah itu adalah sebagai dua tujuan; satu sebagai bala, balasan dunia kepada manusia yang ingkar, satu lagi sebagai peringatan kepada manusia yang beriman dan berakal. Sebagai contoh, bencana alam di sesebuah tempat yang menghapuskan seluruh penduduknya mungkin merupakan bala bagi penduduk tersebut yang engkar kepada Allah, tapi ia merupakan peringatan kepada orang lain yang menyaksikan bencana tersebut.

Dan betapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannya daripada mereka (umat yang belakangan) ini.

Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya. (50:36-37)

Contoh yang lain kekalahan yang menimpa firaun dan bala tenteranya merupakan bala bagi keingkaran mereka manakala kekalahan tentera Islami dalam pusingan kedua perang uhud merupakan peringatan bagi mereka yang beriman.

Dan tiadalah peringatan itu melainkan ia merupakan suatu rahmat daripada Allah kepada hambaNya. Dan tiadalah yang lebih mengetahui tentang manusia melainkan Allah akan sifat manusia yang mudah lupa dan mudah tergoda. Maka dikurniakan peringatan demi peringatan dalam pelbagai bentuk kepada hambaNya agar hambaNya kembali mengingatiNya. Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya. Percayalah bahawa ingatnya kita kepada Allah, tunduk patuh kita kepada Allah tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada kekuasaan Allah. Allah Maha Besar tidak memerlukan sedikit pun daripada hambaNya bahkan kitalah yang berkehendakkan kepadaNya. Maka wajiblah kita percaya bahawa semua itu adalah untuk kebaikan kita sendiri. Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya.

Lumrah Hidup

Hidup kita merupakan ujian. Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil.

Sikap Mukmin

Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw.

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya. (Riwayat Muslim)

Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman.

Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana:

- musibah yang datang bukan urusannya
- tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi
- Allah akan kasih padanya
- Allah akan beri pahala
- Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar.
- Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Naíuzibillah, moga dijauhkan.

Realiti Sebenar & Respon Kita

Realitinya, bercakap lebih mudah daripada merasainya. Perasaan yang terluka lebih pedih daripada jari yang dihiris pisau. Namun sebagai seorang yang beriman batas-batas Islam perlulah dijaga walaupun perit di hati siapalah yang tahu. Percayalah yang kita boleh menghadapinya kerana Allah tidak mungkin menguji hambaNya sesuatu yang hambaNya tidak mampu untuk memikulnya. Percayalah selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Berharaplah kepada Allah agar ditunjukkan jalan keluar. Dekatilah Allah agar ditenangkan hati dan diberi hidayah. Railah perasaan kita sekadarnya, jangan dinafikan emosi seorang manusia kerana Rasulullah saw juga menangis ketika kematian anaknya Ibrahim. Bersyukurlah sekiranya hati kita masih menagih ampunan daripada Allah dikala musibah menimpa kerana itulah tanda ia merupakan peringatan daripada Allah. Semoga kita dikuatkan dengan peringatan-peringatan ini.

Kredit To:http://cahayamukmin.blogspot.com/






Wednesday, February 13, 2013

KEMBALI

Fuhhh..fuhhh....fuhhhh....
banyak habuk, bersawang-sawang 
hm azam tinggal azam konon nak update selalu
hampeh.....

bz la awal2 tahun standard la untuk kerani macam aku ni bz
tu la sape suh tanak belajae betui2 kan dah jadi kerani jer huhuhu
apa pun aku bersyukur kerana diberikan aku rezeki tetap
setiap bulan kompom ada duit takkan pernah miss
tp tu la manusia kan selalu alpa nak bersyukur taunya 
mengeluh ja (aku la tu hahaha)

sebenarnya banyak yg aku nak story dari kisah Qaisara
kisah en.hubby sampai la kisah kerja kerani aku nih
tp tu la masa tu asyik cemburu kat aku xnak bagi chance langsung
aku harap selepas ni entry aku adalah entry daily tanpa henti cewahhhhh

eh cuti CNY bercuti kat mana?
aku tak p mana pun balik umah mak aku n umah MIL
Isnin tu aku n adik2 plan plak nk p TRAP, Sungkai tp tak jadi
cz terlampau ramai umat manusia tempat dah la kecik
so kitaorang plan p tempat lain iaitu Kuala Woh
alar sungai jer, lagi pun Arissa tak pernah mandi sungai
punya syok la dia tp tu la aku sebenarnya ada rasa was2
yer la sungai ni open macam2 virus dok ada
yang paling aku takut kencing tikus la. 

Alhamdulillah semua okey.....
nanti aku citer kat entry lain untuk perkelahan kat Kuala Woh ni erk.....