PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang
ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan
malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan
bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan
malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan
dan bimbingan. bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga
sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat
ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan
bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya
di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan
suci.”
2. Orang yang sedang duduk
menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat
akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah
ia.’”
3. Orang yang berada di saf
depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat
ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat
berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada
orang yang menyambung saf.”
5.
Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca
Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga
selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang
lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat
solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia
melakukan solat.”
7. Orang yang
melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w
bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada
saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang
hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka
berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang
hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada
malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana
kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang
didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa
pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya. setiap kali dia
berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan
engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta
(infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada
padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan
sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada
orang yang sedang makan sahur.”
11.
Orang yang sedang melawat orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat
kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
indahnya ....
ReplyDeletesalam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !