Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari
mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai
pelajar.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun
suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan
yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The
Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari
pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti
tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.
Oleh yang
demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap
pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon
untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam
badanLemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium
(potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk
melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan
darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam
dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana
ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PHLemon merupakan makanan
berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai
asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud
sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin
tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat
badanBagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang
sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang
diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya
mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali
di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian,
bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar
kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadamanBagi mereka yang
berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam
mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula
bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem
penghadaman anda.
Pembersihan air
kencingJus lemon membantu membuang bahan yang tidak
diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing
dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) .
Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit
cerah dan bersihSeharian kita didedahkan dengan cuaca yang
terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari
terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon.
Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Mengelakkan dehidrasiAir yang
mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita.
Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami
dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem
dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak
dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya
akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada
stress.
No comments:
Post a Comment