Monday, August 30, 2010

WISH: Salam Kemerdekaan Yang ke-53


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka



Merdeka sudah...
tahun ni sambut merdeka dengan kehadiran Arissa Qaisara
...
arini dia berumur 3 bulan 15 hari...
makin besar dah anak ibu makin banyak akal Rissa sekarang.
now ibu pun kena kuatkan hati ibu
tanam dengan banyak2 benih kesabaran
supaya ibu bole layan segala kerenah Rissa...
Alhamdulillah sekarang ni pun ibu da boleh nak handle Rissa,
ibu tau apa yang Rissa nak,
syukur sangat2 sepanjang ibu jaga Rissa tak pernah berlaku apa2....
Semoga sempena kemerekaan ini
ayah dan ibu dapat memerdekakan diri masing-masing
agar dapat membesarkan Rissa dengan sempurna...
InsyaAllah..

ibu Arissa




Friday, August 20, 2010

WE @: Majlis Berbuka Puasa

Semalam g Majlis Berbuka Puasa pejabat hubby,
BKF&P, KDN Cawangan Pulau Pinang.
Majlis kecil ja tp meriah la juga.
Petang sebelum berbuka ada tazkirah
sayangnya tak berpeluang nak dengar sangat cz si kecik Arissa meragam
mana taknya time tido dia pastu xda buaian dia lagi la dia mengamuk sakan..
Dengar suara dia saja mengamuk segan gak tapi nak buat camana...
Pujuk2 last dia tdo juga ingatkan sempat la ibu nak sembang2 n berbuka sama2
rupanya tak berkesempatan elok ibu kuar g pantry
Arissa menangis maybe tak leh lena cz Arissa biasa tdo dalam gelap..
terpaksa la berbuka dukung si rissa tapi dia ttp nangis cz nak tdo.
Aunty syila amik dia bawa g jalan senyap sekejap dapat la ibu makan sekejap.
Lepas ja berbuka terus balik rissa mengamuk2 sakan.
Kesian ayah tak dapat nak berterawih dgn kawan2 ofis dia.
Xpa la ayah Insyaallah tahun depan bole kot....
Ibu Arissa

Wednesday, August 18, 2010

CELOTEH IBU: Mujur....

Hm mmg hangin ja balik kja semalam masa kat traffic light ada plak sorang minah ni pintas depan keta aku cz dia nak belok kanan mujur tak terlanggar dia kalau x satu hal lak aku... heeee mana dia blajar amik lesen tah. Berderau darah aku time tu...

Semalam juga aku berbuka sorang2 hubby kna g operasi, kesian kat aku tp nak wat camana.. masuk ja waktu berbuka Arissa lak buat pasal merengek2 tak tau sbb apa. Masukkan dalam buaian tp tak mau gak tdo terpaksa la tangguh berbuka minum air skit pastu g la enjut dia sampai dia lena.. lepas dia da lena baru la bole makan. Banyak2 bersabar la...

Arissa sekarang da 3 bulan jadi skrg dia da berakal sbb tu la ada ja perkara yang dia nak buat tuk tarik perhatian ibu n ayah dia. Bijak betul anak ibu ni sampai satu tahap ibu langsung tak leh nak buat apa kena layan dia sorang ja. Ibu pun layankan je la walaupun sebenarnya tak faham pun pe yang Arissa cakap ye la bahasa UFO mana ibu faham ibu cuma tau bahasa melayu ja.. hehehehe.... jom layan pikcas terbaru Rissa...



Geram ja ibu tengok Rissa... Love u sayang..

Ibu Arissa

Tuesday, August 17, 2010

Satu Permulaan

Akhirnya aku berjaya juga memblog kan diri ku ini, sebelum ni dok baca blog org ja skrg aku da berjaya buat blog tu pun makan masa berbulan cz stil belajar skit2 ttg blog ni. Untuk post yang pertama ni aku nk wat post pengenalan hehehehe...


Firstly nak perkenalkan diri nama ku Emy Yuzreena bt Othman. Berasal dari Kampar, Perak sekarang menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang bekerja di Parit Buntar. Hah camana tu erk dok png kja kat Perak.. alar Parit Buntar merupakan daerah yang bersempadan dengan dua negeri iaitu Penang dan Kedah dipendekkan cerita Nibong Tebal la border Png ngan Perak oleh kerana incik hubby ku bekerja di Butterworth jd kami putuskan utk menyewa disini kiranya tengah2 la walaupun yg sebenarnya aku lagi dekat nak p kja dari dia hahahaha... Bukan kehendak ku ya tapi masalah kja ku yang tak bole kuar dari Perak da terikat ngan Negeri Perak pe nak buat kan kna terima la. Kami sebenarnya baru setahun lebih ja tgal kat cni. sebelum ni?kat kampar la.. Aku telah bernikah dgn Zaisu Ekram bin Zainuddin (incik hubby) pada 31 okt 2010 dan telah dikurniakan seorang puteri yanng chomel jelita Arissa Qaisara pada 14 May yang lalu sekarang umur dia baru 3 bulan. Alhamdulillah syukur sangat2 memiliki keluarga yang bahagia. InsyaAllah aku akan cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat kalian.





Ayah + Ibu = Arissa