Sunday, March 24, 2013

3 Ruangan Dalam Diri Manusia

Secara umumnya, manusia itu mempunyai 3 ruangan pada dirinya, iaitu ;
  1. Ruang dalam KEPALA
  2. Ruang dalam DADA
  3. Ruang dalam PERUT
Ketiga-tiga ruangan ini perlu diisikan dengan perkara yang sesuai, kena pada tempatnya.
  1. Ruangan dalam kepala = diisi dengan ILMU
  2. Ruangan dalam dada = diisi dengan IMAN
  3. Ruangan dalam perut = diisi dengan MAKANAN & MINUMAN
Ruangan dalam perut, semakin diisi semakin penuh ia. Tetapi ruangan dalam Kepala dan ruangan dalam dada, semakin diisi, semakin ia kosong.
Aikk…kenapa semakin kosong pulak??? Kerana semakin diisi otak manusia itu dengan ilmu, maka dia akan merasakan bahawa ilmu yang dimilikinya masih sedikit dan ada banyak lagi perkara yang masih belum dia pelajari…
 
Hati manusia pula… Semaikin diisi hati manusia dengan iman, maka dia akan merasakan imannya masih lemah dan jauh lagi la jika dibandingkan dengan iman Nabi sollallahu’alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum ajma’iinn.
 
Nabi sollalahu’alaihi wasallam pernah berpesan dalam sabdanya yang lebih kurang maknanya: Perut itu sepatutnya diisikan dengan 1/3 makanan, 1/3 untuk minuman, dan 1/3 lagi adalah untuk pernafasan. (HR Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Muslim)
 
Kita lihat hari ini, manusia begitu sibuk dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengisi ruangan dalam perutnya. Sedangkan dia memang sedia maklum bahawa keesokan harinya hampir semua benda yang dia isi ke dalam ruangan dalam perutnya itu hanya akan menjadi tahi yang baunya busuk sekali. Realitinya manusia hari ini berlumba-lumba, malah bermati-matian bagi mencari sesuatu yang benda itu akhirnya hanya akan menjadi tahi yang busuk saja.
 
Sedangkan perkara yang lebih penting dan lebih utama untuk diisikan iaitu ruangan dalam kepala (ILMU) dan ruangan dalam dada (IMAN), diabaikan, dicuaikan dan diisi ala kadar saja. Padahal perkara itulah yang bakal membahagiakan hidupnya di dunia lagi, apatah pula di akhirat nanti…
 
Anda sibuk mengisi ruangan mana???

No comments:

Post a Comment