Sunday, March 24, 2013

3 Ruangan Dalam Diri Manusia

Secara umumnya, manusia itu mempunyai 3 ruangan pada dirinya, iaitu ;
  1. Ruang dalam KEPALA
  2. Ruang dalam DADA
  3. Ruang dalam PERUT
Ketiga-tiga ruangan ini perlu diisikan dengan perkara yang sesuai, kena pada tempatnya.
  1. Ruangan dalam kepala = diisi dengan ILMU
  2. Ruangan dalam dada = diisi dengan IMAN
  3. Ruangan dalam perut = diisi dengan MAKANAN & MINUMAN
Ruangan dalam perut, semakin diisi semakin penuh ia. Tetapi ruangan dalam Kepala dan ruangan dalam dada, semakin diisi, semakin ia kosong.
Aikk…kenapa semakin kosong pulak??? Kerana semakin diisi otak manusia itu dengan ilmu, maka dia akan merasakan bahawa ilmu yang dimilikinya masih sedikit dan ada banyak lagi perkara yang masih belum dia pelajari…
 
Hati manusia pula… Semaikin diisi hati manusia dengan iman, maka dia akan merasakan imannya masih lemah dan jauh lagi la jika dibandingkan dengan iman Nabi sollallahu’alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum ajma’iinn.
 
Nabi sollalahu’alaihi wasallam pernah berpesan dalam sabdanya yang lebih kurang maknanya: Perut itu sepatutnya diisikan dengan 1/3 makanan, 1/3 untuk minuman, dan 1/3 lagi adalah untuk pernafasan. (HR Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Muslim)
 
Kita lihat hari ini, manusia begitu sibuk dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengisi ruangan dalam perutnya. Sedangkan dia memang sedia maklum bahawa keesokan harinya hampir semua benda yang dia isi ke dalam ruangan dalam perutnya itu hanya akan menjadi tahi yang baunya busuk sekali. Realitinya manusia hari ini berlumba-lumba, malah bermati-matian bagi mencari sesuatu yang benda itu akhirnya hanya akan menjadi tahi yang busuk saja.
 
Sedangkan perkara yang lebih penting dan lebih utama untuk diisikan iaitu ruangan dalam kepala (ILMU) dan ruangan dalam dada (IMAN), diabaikan, dicuaikan dan diisi ala kadar saja. Padahal perkara itulah yang bakal membahagiakan hidupnya di dunia lagi, apatah pula di akhirat nanti…
 
Anda sibuk mengisi ruangan mana???

Thursday, March 21, 2013

CARA NABI JAGA KESIHATAN DIRI

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
 
 
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 
 
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
 
 
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
 
 
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
 
 
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
 
 
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
 
 
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
 
 
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Wednesday, March 20, 2013

Randoms Photo - Edisi Di Taska

 1. Ni picca masa ari pertama pakai baju skool hijau lagi tp tu la kain dia tak berkualiti la. Arissa cukup suka kalau kata arini pakai baju skool semangat je nak p skool.

 2. Arissa dok makan kat Taska kebetulan ada meeting PIBP kat Taska so sambil meeting sambil intai2 la aktiviti depa kat Taska

3. Time check gigi Arissa elok jer tak nangis pun bagus anak ibu ni gigi Arissa ada karies kat depan jadi dia kena rawatan.

Sekian.

Tuesday, March 19, 2013

WW- Gadis Ayu


1 Million Women Purple Walk 2013

Hari Ahad hari tu merupakan hari Wanita
KPWK membuat program bersama
1 Million Women Purple Walk
oleh kerana ofis aku yang kna buat preparation
kami seofis jadi urusetia
aku sebenarnya tak naik nama tp gantikan 
org yang tak dapat bertugas
tugas aku adalah mengedarkan baju
mmg hot la kaunter aku org berebut2 nak2
habis bg baju aku tlg edar makanan n nombor cabutan bertuah..
tp tu la aritu aku tak bertuah la plak xpe2 xda rezeki namanya...

 

Monday, March 18, 2013

Sikap Tamak Dan Kedekut

Tamak mengundang mudarat

Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya. Maka Nabi SAW bersabda:



"Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah kemewahan yang diberikan kepada mu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya".

Maka seorang lelaki berkata:

"Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan?"

Maka Nabi saw berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut:

"Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada Nabi, baginda tidak mahu menjawab. Kemudian kami melihat bahawasanya Nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya".

Abu Said berkata;

"Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya:

"Mana si penanya?",
seolah-olah Nabi memuji orang tersebut. Kemudian nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil".

Atau sebagaimana Nabi saw pernah sabdakan.

"Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat".


Jangan kedekut @ tamak!

Asma' r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):

"Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya".


Jangan kedekut @ tamak !

Abu Hurairah r.a berkata :

"Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia :

"Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya?"

Nabi saw menjawab:

"Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya".


Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Orang Yang Kedekut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar".

kredit: JAKIM

JJCM - Kuala Woh (entry tertangguh)





Entry tertangguh/hutang hehehe.....
punya la lama skrg baru nak masukkan
pastu secara ringkas plak tu adoi la...
sabo je la....
pemergian kami sefamily adalah 
lain yang dirancang ke lain perginya 
ada gitu?...
sebenarnya kitaorang plak nak p hot spring Sg Klah
sekalinya org berdoyon2 sampai kat tepi jalan parkingnya
jenuh plak nak berjalan tu yang patah balik ke Tapah
n sampai ler ke Kuala Woh
ramai juga org tp tak seramai di Sg. Klah
cuti2 ni p mana pun ramai org so xde la nak heran sgt hehehe
oleh kerana Arissa pun tak pernah mandi sungai
maka nya jadi best la layah excited dia
Oooo lupa lak masa p ni kitaorg bawa sekali anak sepupu kitaorg
saja bawa bagi reramai2...
Kitaorg telah plan untuk pergi lagi nnt dgn membawa makanan
n segala periuk belanga cz masa ni tak bawa apa
bawa makanan kudap2 jer org2 sebelah ber BBQ bagai
telan ai liur cium baunya
oleh kerana i malas nak upload bebanyak gambar layan je la apa yang ada yer...
Tamat.





Thursday, March 14, 2013

Yahuuuuuuuuu... berjaya jugak.....

inilah punca blog tak berupdate
 sibuk bebeno renovate blog 
konon2 terer la 
pastu peluh2 sendiri tak reti nak buatnya 
asyik tak jadi jer sampai kna godek2 cari tutorial 
selepas mencuba beberapa tutorial baru berjaya. 
Dah berjaya header plak masalah semua tak matching 
last2 reka sendiri Alhamdulillah 
puas hati berjaya menjadikan blog ini 
blog pink idaman hati hahaha...  (gelak jahat)
pasni nak tacap2 lagi skit2 tunggu yer
  (ada ke yg nunggu tatau perasan lebih)
entry terhutang ngan baru In Syaa Allah akan menyusul secepat mungkin harap2 diriku semakin rajin la.