FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah
 didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif
Menerusi
 buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik
 seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik 
terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran
 positif walau apa jua perkara yang dilakukan.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.
* Ceria
Berada
 berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya
 membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di 
kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di 
saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang 
stres.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
* Ramah
Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki
 sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan
Kualiti
 seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan.
 Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika 
berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan 
saat mereka memerlukan.
* Rendah hati
Berbeza
 dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah
 hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang 
kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang 
semakin berisi, makin menunduk.
* Percaya diri
Orang
 yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya
 nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau 
orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari
 dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. 
Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki
 sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan 
keunikan diri kamu itu.
* Pemaaf
Dendam
 dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu
 kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, 
penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. 
Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya 
mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang
 lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan 
tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.
* Jujur
Kata
 orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas.
 Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. 
Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. 
Maknanya, jangan hairan apabila
 orang jujur dicintai semua orang.
No comments:
Post a Comment