Kesian anak ibu demam, semalam ibu amik rissa dari rumah ibu Azah rissa monyok ja ibu Azah kata Rissa demam. Sedih ja ibu tengok Rissa kalau boleh biar ibu yang sakit jangan Rissa. Susah hati ibu, nak masak tuk berbuka pun xda mood mujur ayah Rissa kena g operasi jadi ibu bole makan cincai2 ja. Sampai ja kat rumah Rissa merengek2 ibu terus amik ubat kasi Rissa makan ubat n terus tampal cool fever. Lepas bagi Rissa susu ibu masukkan Rissa dalam buaian Rissa pun tido. Dalam kul 7 camtu Rissa terjaga mujur ibu da siap masak nasi goreng express ibu bole la main2 dengan Rissa, Rissa pun cam dah ok dah. Masa berbuka ibu letak Rissa depan tv Rissa baik ja tengok tv ibu sempat solat lagi. Pastu ibu tidokan Rissa balik. Dalam kul 1.30 Rissa merengek2 lagi ayahh dah balik dah masa tu jadi ibu ngan ayah sama2 jaga Rissa. Ibu pujuk2 Rissa akhirnya Rissa lena sampai pagi.Pagi tadi ibu kena gerakkan Rissa cz Rissa tak mau bangun, bila ibu gerakkan Rissa pun terjaga ibu rasa badan Rissa cam suam2 ja. Ayah suruh bagi ubat, lepas ibu siapkan Rissa ibu bagi Rissa ubat n Rissa pun sempat pekena sebotol susu. Berat hati ibu nak g kja tadi tapi nak buat camana ibu kena g kja juga cz khamis ibu dah cuti so kena la setelkan kja apa yang patut. Ibu harap Rissa ok la. Ibu tau Ibu Azah akan jaga Rissa macamana ibu jaga Rissa. Rissa cepat sembuh tau petang ni kita nak balik kampung Jumaat dah raya ibu ngan ayah cadang nak bawa Rissa beraya di rumah kawan ibu & ayah. Cepat sembuh tau... Ibu sayang sangat Arissa Qaisara...... Hope Arissa cepat sembuh..... miss yaaa.....
No comments:
Post a Comment