Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
jom kita sama-sama menghayatinya
ingat kembali bagaimana pengorbanan seorang ayah
nabi Ibrahim yang diperintah Allah untuk sembelih anaknya Nabi Ismail
dan begitu juga kesediaan Nabi Ismail untuk disembelih yang menunjukkan
betapa sifat
ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam
walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.
Peristiwa
tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari
ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan
kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang
dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.
Kedatangan
10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak
kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang
tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9
Zulhijjah.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
SEBELUM 10 ZULHIJAH
- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
- Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
PAGI 10 ZULHIJAH
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
Nota Kaki: Rabu petang baru balik kampung jadi pagi rabu tu kita kerja la lagi yer....