Tuesday, September 22, 2015

WISH~ SALAM AIDILADHA 2015M/1436H

 


Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
jom kita sama-sama menghayatinya
ingat kembali bagaimana pengorbanan seorang ayah 
nabi Ibrahim yang diperintah Allah untuk sembelih anaknya Nabi Ismail
dan begitu juga kesediaan Nabi Ismail untuk disembelih yang menunjukkan
betapa  sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. 

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.
 
Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).
 
 

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-


SEBELUM 10 ZULHIJAH

  • Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  • Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  • Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.


Nota Kaki: Rabu petang baru balik kampung jadi pagi rabu tu kita kerja la lagi yer....

Wednesday, September 9, 2015

MOTIVASI ~ POSITIF DIRI


 

Jom positifkan diri...


Alhamdulillah ke arah ini 
semoga dipermudahkan....

Tuesday, September 8, 2015

CELOTEH ~ COMEBACK

 

Lamanya x berupdate
mmg x istiqomah betul aku ni...
xda idea plus malas plus macm-macam
hohoho....
last entry wish Ramadhan skrg da nk raya haji da
adoiii lama sungguh la... 
Si adib pun nak masuk 7 bulan da..
Apa pun aku bersyukur diatas segala2nya
diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan
dalam menguruskan anak-anak sendirian
al-maklumla "SUPER IBU" 
walaupun kadang2 terdetik dihati keluh kesah
namun aku berjaya juga mengharunginya
#syukurselalu

Tuesday, June 16, 2015

SALAM RAMADHAN 1436/2015

 

lamanya x berentry banyak jer story tapi tahap kemalasan melampau
menyebabkan blog ni bersawang gitu....
fuhh...fuh...fuh...
buang habuk sikit arini kita up entry 
just nak wish Selamat Berpuasa jer...
dijangka puasa tahun ni sedikit mencabar dengan 
kehadiran AQ2 dan incik suami yang tiada disisi
walau apa pun ibu ttp akan cuba untuk kuat
untuk diri, anak2 dan incik suami....
semoga Ramadhan kali ini dapat dipertingkatkan ibadah 
serta memanfaatkan segala amalan

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!...





Monday, March 2, 2015

AQ2 ~ ADIB QASHRY

 

Syukur Alhamdulillah 
selamat bersalin bb boy di usia kandungan 37minggu pada 16 Feb aritu
AQ2 ni x sabar nak keluar awal patutnya due 08 Mac 2015
xpe la asal semua selamat sudah la kan


ADIB QASHRY BIN ZAISU EKRAM
16 FEBRUARY 2015
3.44KG/ 50CM
HOSPITAL TELUK INTAN,PERAK

Sunday, January 18, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

 




 Selamat Tahun Baru 2015
semoga tahun 2015 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni
seperti biasa mmg aku tak sambut tahun baru
walaubagaimanapun setiap tahun aku akan menitipkan doa 
semoga aku dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT
dan mohon dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik
dan setiap tahun juga aku akan berazam tercapai atau tidak belakang kira
yang penting bila kita ada azam bermakna kita mempunyai visi dan misi dalam kehidupan kita
untuk tahun ini azam aku adalah:
1. menjadi isteri yang taat pada suami tercinta
2. menjadi ibu terbaik untuk anak-anak
3. menjadi anak yang baik buat ibu dan mertua
4.menjadi pekerja terbaik
5. dan paling penting aku berazam untuk fully BF tuk anak kedua aku.



NOTA KAKI: taip punya lama dok terperap dalam draft hari ni baru perasan rupanya x publish haiya.....