1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki
Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan
usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita
dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di
bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita
dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum
perancangan untuk hamil:-
Kesuburan Wanita ·
Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan.
Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam
satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur
anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak
menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic
serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·
Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol,
coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang
mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat),
perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng
(French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran,
buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan
meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting
sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·
Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari
(FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan
mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk
hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur
30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan
bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.
Kesuburan Lelaki
Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan
mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat,
elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur.
Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan
hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih
gembira bersama isteri anda. · Anda digalakkan minum kopi dan mengambil
bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·
Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. ·
Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap
hari (FertilAid For Men) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin
dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk
hamil.
2) Posisi Hubungan Seksual Untuk Hamil
Walaupun belum terdapat bukti yang kukuh bahawa posisi seksual tertentu
lebih baik dari posisi seks yang lain dapat meningkatkan potensi
kehamilan, karana kehamilan selalunya mungkin terjadi selama penis
berada dalam vagina sewaktu ejakulasi.
Tetapi bagi anda yang mengidamkan kehadiran cahayamata, tidak ada
salahnya mencuba tips posisi seks terbaik untuk hamil seperti dibawah
ini :-
a- Yang pertama, posisi suami diatas adalah yang terbaik untuk ingin
hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga
panggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15
menit atau lebih. Dan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan
menggunakan bantal yang besar akan menyebabkan sperma tergenang
dibelakang rahim saja dan sukar untuk berenang untuk mendapatkan sel
telur. Sehingga menjadikan usaha anda sia-sia saja.
b- Yang kedua, posisi suami dibelakang dan berlutut, sementara isteri
dalam keadaan seperti bersujud kerana dengan posisi seks ini, sperma
akan terus ke rahim wanita untuk bertemu dengan sel telur.
Walaubagaimanapun, kebanyakkan isteri tidak berasa selesa dengan dengan
posisi ini.
Posisi seksual yang sebaiknya di HINDARI bila
anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang
akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya saki-baki
sperma yang sedikit saja yang mencuba berenang kearah sel telur.
Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak
bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil.
Ini kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim -
sesaat setelah ejakulasi berlaku. Namun anda digalakkan memberi masa
untuk sperma berenang ke servik rahim. Anda juga diingatkan agar tidak
membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah
melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah
bersifat toksik untuk sperma yang menyebabkan sperma mati.
Posisi seksual hanyalah salah satu dari banyak perkara yang dapat anda
cuba dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ingin hamil.
3) 3 Rahsia Kehamilan
Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel
telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita
menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup
bulan selama tempoh kehamilan.
Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama
Dalam kajian saya, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua
suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini
bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri
anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma
ini akan lama dan rosak.
Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda
digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11,
ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.
Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2009, maka hari subur anda
adalah 14/7/2009 dan 15/7/2009. Anda digalakkan bersama suami sekerap
yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2009, 13/7/2009, 14/7/2009 dan
15/7/2009 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu
16/7/2009 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi
mengurangkan risiko keguguran.
Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur
Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum
hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin
kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda
Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat
Saya dapati masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau
awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%.
Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut
jatuh kepada 43%.
Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel
telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang
penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus
atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid
anda.
Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh
itu, saya nasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal
berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan
mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).
4) Sentiasa Berdoa & Bertawakal
Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal.
Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan
doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas
solat:-
Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak.
Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak,
Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo'a kepada Tuhannya seraya
berkata:
10 TIP MENAMBAH AIR MANI
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi
cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan
sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan
isipadu air mani,antaranya :-
1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai
ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi
selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.
2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu
merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima
pundi yang menghasilkan air mani.
3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu
mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang
kencing.
4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat
protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan
sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan
kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer”
dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.
6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan
bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.
8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan
tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air
mani yang lebih.
9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan
isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan
buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat
memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam
meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat
membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua mineral dan vitamin
ini boleh didapati di dalam FertilAid for Men.
10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu
mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang
menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan
badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga
kurang.
COPY PASTE FROM: http://wishmybaby.blogspot.com
Nota Kaki: Sedang berusaha ni.... hehehe.... Kawan-kawan doakan untuk kami yer...