Thursday, April 25, 2013
Wednesday, April 17, 2013
MOTIVASI: TENTANG HATI
Hati ibarat ketua dalam diri anda manakala anggota tubuh adalah pekerjanya.
Jika kuat ketuanya, maka pekerjanya juga akan kuat. Begitu juga apabila
ketuanya positif dan berwawasan maka pekerjanya juga positif dan aktif
bergerak merealisasikan wawasan ketua.
Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah hati yang suci murni. Namun
jika hati tidak diurus dan dijaga dengan bersungguh-sungguh, ianya secara
semulajadinya amat mudah dikotori dan dicemari. Namun, bagaimanakah
caranya menguruskan dan membersihkan hati? Berikut adalah cara terbaik
yang dianjurkan untuk membantu kita menyucikan kembali hati yang
kurang jernih.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga
kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”.
(Riwayat Muslim)
1. Banyak meluangkan masa untuk muhasabah diri.
Waktu terbaik untuk muhasabah diri adalah selepas selesai solat fardhu.
Ambillah sedikit masa untuk duduk diam seketika selepas selesai solat
dengan melihat dan merenung kembali kekurangan dan kelemahan yang
wujud dalam diri. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk
disesali tetapi untuk diperbaiki.
Waktu yang terbaik juga untuk muhasabah diri adalah beberapa ketika
sebelum terlelap pada waktu malam. Soalan yang harus ditanyakan
dalam diri ialah “ Apa yang sudah saya lakukan sepanjang hari ini?”
2. Terima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini.
Terimalah hakikat bahawa kejayaan di dunia ini bukanlah ukuran kejayaan
yang hakiki, sebaliknya kejayaan sebenar adalah apabila kita bertemu
dengan Allah SWT, kita dikurniakan syurga. Kejayaan yang dikecapi
di dunia adalah subjektif, dan ianya berbeza mengikut individu. Hati akan
mudah terubat apabila kita membisikkan “ tidak ada yang sempurna
di dunia ini,” apabila menemui kegagalan di dalam sesuatu usaha.
3. Berusaha mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri
Ramai yang tidak percaya akan kewujudan dan kepekaan pancaindera
yang keenam iaitu “pandangan mata hati”. Namun begitu, ilmu berkaitan
dengan diri sendiri mudah diperoleh jika kita menggunakan pancaindera ini,
dan dengannya juga kita mampu melihat dan menilai segala kekuatan
dan kelemahan yang ada dalam diri. Namun bagaimanapun pancaindera
ini akan lebih efektif sekiranya diri kita selalu dekat dengan Allah dan
patuh
kepada setiap perintah-Nya.
4. Belajar daripada orang lain.
Belajar daripada orang lain adalah sebahagian daripada proses kehidupan
dan perkembangan seseorang manusia. Proses pembelajaran ini akan
lebih berkesan dengan melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling
dengan kaca mata seorang pelajar dan digabungkan dengan pandangan
mata hati hendak belajar. Melalui proses inilah segala yang buruk dapat
dijadikan pengajaran untuk dihindari manakala perkara baik yang ditemui,
tempuhilah sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Ingatlah,
orang yang bijaksana menjadikan semua perkara di sekelilingnya
MOTIVASI : Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat
Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.
Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!
Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?
Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'
Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.
Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.
Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:
'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.
Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.
Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.
Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.
Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.
sumber dari: yahoo group mail
p/s: akan ku cuba praktik kan pada anak ku Arissa Qaisara. In Syaa Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)